Pages

Sunday, November 25, 2012

hujan november zahir dan batin

NOVEMBER???
Aku tak pernah terfikir nak describe setiap bulan yang ada sebagai apa,
Tapi tak taulah kenapa rasanya bulan ini bulan yang banyak sangat benda yang tak kena dalam hidup aku,
Daripada A-Z boleh dikatakan semuanya MASALAH!
honestly speaking,aku bukanlah orang yang selalu fikirkan masalah,
Setiap kali ada masalah,aku selalu bisik pada diri sendiri,
"Ok zila,masalah ni mesti ada penyelesaiannya.Allah nak uji zila,DIA nak naikkan darjat keimanan zila,plis dear xkan nak mengalah kot?come on lah,ada orang lagi susah hidup dia dari zila tapi kenapa dia boleh survive?".
YES,the word "ada orang lagi susah hidup dia dari zila..." membuatkan aku rasa
Allah,apa sangatlah dugaan aku ni.
Dan akhirnya aku lupakan masalah dengan cara sehabis mungkin cari solusinya,
Dan bila sampai satu saat aku betul buntu tak tahu buat apa...

Aku doa,
merintih dan terus merintih,
menangis dan terus menangis,
merayu dan terus merayu,
memohon dan terus memohon,
tunjukkan jalan penyelesaian,
bagi aku harapan,
bagi aku kekuatan,
bagi aku keupayaan,
untuk aku ukir sebuah SENYUMAN.

Ya!
SENYUMAN
itulah yang aku ada,
untuk aku hadiahkan pada sahabat-sahabat aku,
seboleh mungkin aku cuba berlagak ceria,
buat mereka gembira,
buat mereka ketawa,
sebab apa?
sebab aku tak ada apa-apa selain daripada itu.
Aku hanya ada sebuah SENYUMAN =)

Aku tak tahu,
untuk bulan ni,
dah berapa puluh kali aku menangis,
dah berapa kali air mata aku menitis,
dah berapa kali esak,sedu aku kedengaran,
dah berpa kali batin aku merintih "gila-gila"
Arghhhh!!!
Aku rasa nak jerit je,tapi aku cuma mampu jerit dalam hati je.

Aku tak nak orang tahu aku ada masalah,
Aku tak suka sangat bila aku bermasam muka dengan orang,
Aku rasa bersalah sangat kalau sampai ada yang tegur,
"zila,ok tak ni?"
"zila,awat masam je muka tu?"
"zila,ko kenapa?"
"zila,ko ada masalah ke?"

MASALAH??
AH,tak suka perkataan tu!






Sunday, October 14, 2012

Tolonglah,bukan DIA orangnya!



ALLAH,
Itu yang aku mampu katakan dalam dua tiga hari ini
Sejujurnya,aku sangat terganggu dengan mimpi tempoh hari
Dan mimpi itu masih lagi menghiasi tidurku.
Persoalannya,kenapa mesti dia?

Aku kuatkan kembali istikharah ku dalam beberapa hari yang lalu,
Dengan tujuan Allah membimbingku
Dalam setiap langkahku,setiap tindak tandukku,setiap gerak hatiku
Aku mahu dalam setiap zarah yang aku lakukan berada dalam keredhaanNYA.

Aku berasa sangat tenang seusai solat sunat dua rakaat itu,
Aku cuba mengosongkan fikiran dan melapangkan hati selapang-lapangnya,
Tanpa terikat dengan mana-mana anasir yang boleh mempengaruhiku.

Dan malam itu aku termimpikan seraut wajah yang aku kenal tapi tidak sepenuhnya,
Cuma maklum serba sedikit tentang dia,
Sungguh,mimpi akan dia membuat aku terus terjaga,
Aku jadi sangat resah,rasa mahu menangis pun ada,
Aku segera beristighfar,aku mohon Allah menenangkan hatiku.

Aku cuba untuk memejamkan mata kembali,tapi aku tak mampu
Aku lantas bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk,
Aku terus hamparkan sejadah,solat sunat tahajud
dan solat2 sunat yang lain,
Alhamdulillah,hatiku sedikit tenang,aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk hidupkan malam ku dengan solat sunat.Allahuakbar!

Dua hari berlalu dan mimpi itu tidak lagi menganggu fikiranku
Aku cuma menganggap itu cuma mainan tidur,
Bukan petunjuk yang sebenar dari istikharahku,
sampailah malam kelmarin,aku kembali termimpikan dia,
Dan sekali lagi,aku terganggu,aku rasa tak bersemangat meneruskan hari-hariku.

ALLAH,
kenapa mesti DIA??
Apa yang ada padaku untuk digandingkan bersama DIA?
DIA orang hebat,tinggi ilmu
Tapi AKU?
apa yang ada?
aku biasa2 sahaja,aku tak sebanyak ilmu DIA,
Aku tak sehebat DIA,
DIA dikagumi,DIA dikenali.
AKU?

Sengaja aku coretkan luahan hatiku disini,
kerana aku yakin,tiada siapa pun yang akan membaca blog "bersawang" ni,
Aku tak ada yang menarik untuk dikongsikan,apalagi yang bermanfaat untuk orang lain,
Aku tak tahu pada siapa lagi aku boleh ceritakan hal ini,
Tak apa,Allah masih bersamaku.
Aku yakin itu.

Aku malas nak fikir tentang orang itu,
Biarkan DIA bersama dengan urusannya,
yang pastinya,DIA memang sibuk dengan urusan DIA,
Moga Allah bagi yang terbaik untuknya,
Kerana DIA memang berhak dapat yang terbaik,
BUKAN aku orangnya,aku yakin itu.

Allah,campakkanlah ketenangan dalam hatiku,
Jangan biarkan aku mudah melatah dengan perkara sebegini,
Boleh jadi,ini adalah ujian dariMU,
Jadikan aku insan yang tabah,tak mudah mengalah,tak goyah,
Mampu tersenyum walaupun lelah..
Allah,Allah,Allah..





Wednesday, July 11, 2012

INDAHNYA KASIH SAYANG





Hari ini 12 julai 2012,
Hari yang tak best untuk ber"muka buku"
entah kenapalah hari ini baca status orang2
yang dengki-mendengki,
yang sakit hati,
yang marah,dan...sewaktu dengannya.
c'mon la, "awk-awk" punya status dah buat orang lain tak happy.
yeah, memanglah boleh cakap,
"yang nak sibuk hal orang tu pasai pa?"


ni nak habaq mai..
bukan nak sibuk,
cuma,awak tu "figura-figura" yang jadi perhatian org,
what ever you did,
people will see,people will say about you,
They will talk about you,they will judge you!
---->stop,cakap omputih!


tak kisahlah peribadi atau tidak,
kalau betul-betul peribadi,
tak payahlah cerita sampai semua orang pun awak nak bagitahu,
yes, u're right..
account saya,saya punya sukalah..
dah tu kalau ada yang komen tak best(negative side)
awok diam2 sudoh lee~
diam itu lebih baik,
hrmm,people always judge others,
depa nak kata apa,biaq p la kat dia..


Yang penting,awak kata awak dai'e,
so,jadilah sebenar-benar dai'e,
yupp,Rasulullah pun dikecam jauh lebih dahsyat,
tapi baginda tak kata apa2 pada musuhnya,
sebaliknya mendoakan dapat hidayah dari Allah..
ingat kisah perempuan tua yang buta??
subhanallah,sangat terinspirasi dgn  kisah itu..
apa2 pun "diam itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengerti"
wallahua'lam~(^_^)V


---------------------------------------------------------------------------


ok2,jom layan lagu ni..
senikata dia BEST!!!






bagaikan pelangi selepas hujan reda,
indah berseri mewarnai alam,
beberung berterbangan riang berkicauan
tiada lagi mendung semalam

#Damainya di hati bila terpandang wajahmu
manis senyuman menghulurkan salam
lembut tutur bicara tersusun bahasa
terhapus sudah titis airmata

*kenangkan suka dan duka yang dilalui bersama
indahnya kenangan yang pernah tercipta
hindarkan persengketaan jernihkan kekeruhan
bara amarahmu jangan dinyalakan

kasih dan sayang membentuk titian rindu
menghubungkan hati yang lama terpisah
mengeratkan lagi ukhuwah yang lama telah terbina
bahagia dalam maghfirahnya
ohh,indahnya jalinan kasih sayang
(indahnya kasih sayang)

ulang*

tidak sempurna iman,tidak bernama insan
andai permusuhan dibiar berterusan
leburkan keegoan hulurkan kemaafan
semoga sentosa dalam keredhaan

ulang#

tinggal duri-duri yang mencalar..
melukakan..

Wednesday, June 13, 2012

~CORETAN BUAT USRAHKU~




Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

rindu nak berpuisi,tapi tak ada idea nak berpuisi pasal apa
nak bemadah pujangga ni kena ada 'feel' ada jiwa..
jiwa ya,bukan jawa..
ok,beberapa hari lepas terdetik kat hati ni nak cari puisi 
yang pernah saya hantar kat iluvislam
sedar tak sedar,dah lama dah hantar
masa saya form 5 (2010)..

Dan sekarang dah 2012,
dua tahun dah rupanya,
tajuk dia sama macam tajuk entry ni,
yupp, "CORETAN BUAT USRAHKU",
sebenarnya,puisi tu saya dedikasikan untuk adik2 usrah saya,
mereka dulu form 4 (beza setahun je).
sekarang ni adik2 pun dah bertebaran kemana-mana,
ada yang sambung medic,ada yang accounting,
ada yang law,ada yang bussiness,
ada yang sc tech (ni ikut jejak langkah ni,hehe (^.^)
ada jugak yang pertanian (sorila mariam kalau akak salah)
yang lagi dua orang akak tak dapat nak tau (wahai atira dan ayuni)
apa2 pun,walau dimana saja kamu2 semua berada,
semoga rahmat Allah mengiringi kalian.
tuntut ilmu kerana Islam ye dikk!
seriusly,rindu sangat dengan dinda2 sekalian!!

ok,sebelum tu..
bagi siapa2 yang tak tahu apa itu USRAH
jom kita tgok klip ni..
roll VT~~~


*saje pilih yang ni,katenye video ni menang masa pertandingan OSEM.Kira akak bagilah kat kamu2 yang suka korea ni kann~

USRAH=CIRCLE=BULATAN GEMBIRA
Got it???
okeh...
back to the point...
inilah hasil idea(puisi) saya...

CORETAN BUAT USRAHKU

Masih ligat bermain di fikiranku,
Saat pertama kali bertemu,
Ku lihat wajah kalian satu per satu,
Dalam halaqah kecil kita berpadu.

Saat itu, Bibir kalian sukar berikan senyuman,
Seperti ada sesuatu yang kalian simpan,
Namun diri ini ku gagahkan,
Untukku leraikan kalian dari kekusutan.

Dindaku,
Maafkan aku kerana tidak selalu di sisi kalian,
Tidak selalu menghiburkan,
Malah aku sering menyakitkan,
Kebajikan kalian sering ku abaikan.

Dindaku,
Aku ingin memohon ampun dari kalian,
Seandainya aku bukan yang kalian mahukan,
Bukan aku tidak mahu berikan ganjaran,
Kerana aku mahu kalian tahu hadiah bukan sandaran.

Dindaku,
Tidak ku harap pada sanjungan,
Tidak juga pada pujian,
Cukuplah sekadar kalian hiaskan,
Diri kalian dengan keimanan.

Dindaku,
Terimalah aku sebagai aku,
Kerana aku menerima kamu sebagai kamu,
Tidak ku ukur rupa parasmu,
Mahupun harta kekayaanmu.

Dindaku,
Sungguh aku terhibur bersama kalian,
Meskipun dendam kesumat sukar untuk ku leraikan,
Namun aku tetap menyayangi kalian,
Ukhuwah yang cuba ku dirikan atas keimanan.

Dindaku,
Bukan ini yang ku pinta
Jika kalian terjunam ke neraka,
Akan ku ikut bersama,
Untukku bebaskan kalian dari sana.

Dindaku,
Ketahuilah kalian adalah cintaku,
Cinta sebagai saudara seIslamku,
Rahmat Ilahi dipohon selalu,
Syurga nan abadi tempat kita tuju.

dah tak ada kat iluvislam(mungkin,saya yg tak pandai cari kot)
dan saya cari dari inche google,
dan saya dapati ada 4 bloggers yang "berkongsi" karya saya yang tak seberapa ni
Alhamdulillah,moga saya dapat sahamnya.insyaAllah!
yang ni pun saya copy paste dari blog orang(sori tak mintak izin)
sebab saya punya hard copy dah kena virus.
tak apalah..ada hikmah=)
ape2 pun trimas *miss http://bicaraqalby.blogspot.com

Buat dinda2 ku yang disayangi kerana Allah,
terima kasih untuk segala-galanya,
Akak belajar banyak benda dari kamu semua,
Semunya datang dari Allah,
Tanpa DIA siapalah kita kann?
Moga Allah reda hubungan kita semua,
semoga ketemu lagi,
kalau bukan di dunia,
insyaAllah,di syurga sana..
Uhibbukuunnafillah~<3


*yg paling comel tu saya cop dulu,hehe ^^



#pssst,kalau kamu2 semua perasan,akak ada hantar kat majalah munawarrah jugak(kalau perasanlah kan(^.^)



Sunday, June 10, 2012

A Moment to Remember with Oki Setiana Dewi & Wardina Saffiyyah


Bismillah...
Alhamdulillah,rajin pulak rasa nak mengupdate blog ni.
insyaAllah,rajin juga nak selalu update diri.
Ya Allah,berikan kekuatan dan bimbingan.
harapnya teman2 pun gitu juga ya!
cewah,speaking indon japp.
yelah,baru balik dari program kat atas tu ^.^


Nak tau tak,sebenarnya tak plan pun nak pergi prog ni,
tiba2 ada sorang akak ni PM kt FB dia ajak untung join,
Alhamdulillah,Allah permudahkan walaupun 'last minute'
seronok tengok akak tu happy sebab dia memang minat sangat BAK OKI,
saya minatlah juga tapi biasa2 je,
dalam hati "nak tangkap gambar dgn k.wardina"
sebab haritu time k-bidadari xdapat =(,
tapi at least k.dina cakap sambil pegang bahu "sorry dik,akak dah lambat sangat ni,lepas ni ok".
saya senyum je =)
tak ada la wish sangat nak bergambar dengan artis,
cuma kalau ada peluang,tak salah pun kann..


ok2,terlebih sudah~
InsyaAllah,saya nak kongsikan dengan anda apa yang saya dapat,
tapi taklah detail sangat sebab jenuh pula anda nak baca,
yang ini resolusi jela ye.
sebenarnye,apa yang one heart creative solution(penganjur) nak sajikan daripada mereka berdua ialah bagaimana mereka berhijrah..


#nak lebih detail tentang k.dina anda boleh tonton video ni


mesti anda semua dah tengok kan?

#yang ni pulak 'favourite quote' bak oki

"Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti.Sejak lahir hingga akhir hayat,semua dari kita ini berjuang.Tengok saja,seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum pernah ia kenal sebelumnya.Seorang ibu berjuang untuk anak-anaknya menjadi generasi yang tangguh.Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganyaseorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,yang sedang jatuh cinta sedang berjuang menahan rindu,yang baru berjilbab berjuang untuk tidak tergoda dan membuka jilbabnya.Suami isteri berjuang mengarungi bahtera rumah tangga,yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihinya berjuang dengan sabar dan tabahmenjalankan kehidupannya ,yang berselisih untuk berdamai.DAN... setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepadaNYA serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agamaNYA,menyebarkan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi"

nak tahu lebih lanjut,bolehla beli buku bak oki


*buku ni pasal hidup die


*yang ni pulak pasal kehidupan orang2 yang dia pernah jumpa


Yang ni resolusi yang saya dapat,moga bermanfaat ye :-


-hanya orang yang merasai pahitnya dosa,akan merasai manisnya keimanan
-k.dina banyak tekankan tentang peranan kita sebagai seorang wanita perlu ada ILMU.
-kita sentiasa kena jadi lebih daripada orang2 kafir terutamanya ISRAEL
-mendisiplinkan diri untuk solat sunat
-hidayah itu perlu dicari,bukan dinanti =)







*tak sedar pun bak oki melintas kt sebelah



*utk resolusi kami



*suka..suka..suka..^.^

Friday, June 8, 2012

SEUTAS TASBIH

bismillah ar-rahman ar-rahim..


tajuk nampak simple kan?
tak tahulah kenapa hati ni melonjak-lonjak nak buat entry ni



nampak gambar ni?
tiba-tiba terdetik nak buat entry yang berkaitan dengan tasbih
bukan apa sangat pun,tapi sekadar ingin berkongsi pendapat dengan anda semua
apa nilai seutas tasbih pada saya

tak tahulah kenapa masa nak dekat akhir2 sem 2
ada rasa macam nak sangat memiliki tasbih
nak sangat genggam tasbih setiap masa

# 2010

alkisah...
dulu, masa form 5 
pernah bawak tasbih pergi hostel,
setiap hari bawak pergi kelas,
sementara tunggu cikgu masik kelas, 
'main-main' la dengan tasbih tu
entah kenapa,rasa tenang je bila dapat 'main-main' dengan tasbih tu,
masa nak tidur pun selalu juga 'main-main',
sampai lah lena..

satu hari,
bila hari minggu,macam biasa ada gotong-royong asrama
kami-kami pun kemas lah apa yang patut kat asrama tu,
dah habis,balik dorm buka loker,capai tasbih..
entah macam mana,tasbih tu berderai macam tu je..PUTUS..
Ya Allah,rasa sedih sangat waktu tu,tak tahu nak kata macam mana
habis butir-butir tasbih tu jatuh berterabur kat lantai dorm.
kawan-kawan terkejut,cuba nak tolong
"apa yang putus ni?"
"err..tak ada pape,terima kasih"sambil mengutip butir-butir dari tangannya.
tak tahu kenapa tak nak bagi tahu yang benda tu adalah tasbih

sejak dari itu,
hati ini semakin resah,gelisah,kadang-kadang ada rasa takut,sedih..
rasa macam tak ada kekuatan,
entah kenapa tasbih tu boleh terputus macam tu je
mungkin ada hikmah,
Allah tak nak bagi aku riyak dalam berzikir kepada DIA
bukanlah nak kata orang tasbih tu nak menunjuk-nunjuk
tapi,mungkin perasaan itu yang lahir dari hati kecil aku
Jadi,daripada ada rasa riyak,lebih baik tasbih tu putus.
zikir dalam hati je..orang tak nampak tapi Allah nampak,
Ya Allah,terima kasih atas peringatan ini..


# 2012

kebetulan sebelum final
kelas tutorial nak buat tukar2 hadiah
yang tak bestnye,campur laki perempuan
sebelum tu kena tulis kita nak apa (3 benda),yang ni lagi tak best
sebab apa?sebab kalau dah kena tukar2 hadiah dengan lelaki
aku memang tak tahu nak mintak apa
masa tu pun dengan terpaksa tulis lah 
-jam tangan(tak nak pun sebenarnya)
-buku islamik
-tak kisahlah apa2,ikut ikhlas hati
dengan harapan,jangan sampai dapat kat budak laki,
lepas tu kawan suruh bacakan apa kita dapat,
ok,aku dapat yang perempuan punya(sebab ada nama kat kertas tu)
alhamdulillah,at least tak de pelik2 mintanya
ni ade yang minta selipar jepunlah,kod bersiri utk ape ntah (rupa2nya tiket flight nak balik kedah je ponn)

DAN..bila semua dah habis baca apa yang diorang dapat
aku terperasan..aik,mana kertas yang aku tulis?
tak dengar pun orang sebut..
kebetulan time tu,ada seorang budak laki tak ada
hrmmm,dah keluar kelas baru sedar pasal tu
Allah,kenapa lah budak laki juga yang dapat..
Kalau perempuan bolehlah nak tolerate minta benda yang aku nak sangat...TASBIH

Ok,sekarang dah tahu siapa dapat nama aku
tiba2 dapat text "nama kau aku yang pegang,aku tukar dengan budak yang dapat nama kau,dia nak ambil nama dia sendiri dari aku,so kitorang tukar".
pulak dahh..dalam hati,kenapa lah mesti engkau juga yang tukar (sebab budak ni selalu kena gosip dengan aku)..adehh,tension!!
ada rasa sedih sebab tak dapat minta apa yang aku nak.

jeng..jeng..jeng..
ok seriusly memang terkejut bila dah dapat hadiah dari budak tu
nak tahu apa hadiahnya???



 tudia!!!mana tak terkejut..
boleh pulak dapat hadiah ni,
mula2 try jugak bkak lepas dia bagi
sekali dia balut kulit buku ni dengan surat khabar..hailaa~~
katanya,kawan dia salah beli..ok,fine..
terima jela,dah orang bagi..
aku pun tak tahu boleh baca ke tidak buku ni..
yang paling sedih,aku tak dapat yang aku nak..

Back to the story,
ingat kepada DIA sang pencipta bukan hanya sekadar pada seutas TASBIH.
malah ia lebih daripada itu
setiap detik,masa dan ketika 
adalah waktu untuk kita mengingatiNYA.
  
"dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut,dan dengan tidak mengeraskan suara.di waktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai " (surah al-A'raaf : 205)

sekarang Tasbih yang terputus tu,mama dah sambungkan balik
tahu tak?butir2 tu cukup tak kurang pun walaupun bertabur-tabur dulu
Alhamdulillah,mujur simpan dalam bekas..
Ya Allah,terima kasih untuk segala-galanya..
SUBHANALLAH!!ALHAMDULILLAH!!ALLAHUAKBAR!!


*P/S :Kalau diizinkan saya nak TASBIH yang kukuh dan utuh menjadi mahar saya.cukup dengan itu..Moga Allah izinkan!!^_^

Sunday, May 13, 2012

EGO,BODOH SOMBONG DAN MACAM LALANG


“Ana nak tanya enti,kalau orang marah enti apa enti rasa?”.Seorang ukht tanya dengan muka yang serius.

“Ana rasa sedih dan kecewa sangat dengan diri ana”. Aku jawab dengan jujur,memang itu yang aku rasa tiap kali dimarah.Kadang-kadang aku akan nangis sebab terlampau kecewa.

“Kalau enti dipuji apa enti rasa?”.Tanya ukht itu lagi.

Alamak,yang ni pula nak jawab macam mana ye?takkan nak tipu kata ‘ana rasa biasa je’ ke nak jawab ‘ana rasa ana tak layak dipuji’..err???nampok benor nipunye..ok2 takpe jujur je..

 “Ana rasa suka dan bangga”.Aku terus toleh pandang ke ukht yang bartanya untuk melihat reaksinya.

*Papp..ukht ketuk meja dengan mukanya yang lebih serius dari tadi.

 “Bagus ke ada perasaan macam itu dalam diri enti?” .Nada ukht marah.

Aku diam,tunduk memandang lantai.Terkejut dengan tindakan ukht itu,namun jauh disudut hati aku sudah menduga reaksi ukht itu.Tak pe azila,at least ko jujur,ko tak bohong..Aku cuba memujuk hati,tak mahu cepat melatah dengan keadaan itu.

“Ana tanya ni,bagus ke ada perasaan bangga tu dalam diri enti?”.Nada suara ukht agak keras,mendesak.

Aku menggeleng sambil memandang ke arah ukht itu,cuba membalas pandangannya.

“Enti tau tak enti ni ‘EGO’?Enti tau tak perasaan ego tu dah lama ada dalam diri enti?kalau orang marah enti, enti sedih,kecewa.Tapi enti sedar tak yang kawan-kawan enti ni terseksa dengan sikap bangga diri enti,dengan keegoan enti tu?”.Ukht tadi asalnya duduk terus berdiri.

Aku terpana seketika,terkejut dengan kata-kata ukht tadi..betul ke selama ini kawan-kawan terasa dengan sikap aku yang sedemikian?kenapa mereka tak pernah beritahu aku tentang itu? .Ya Allah,aku rasa kecewa sangat kalau betullah apa yang ukht kata itu benar.

“Hah,cuba enti bagi tahu ana apa isu semasa yang enti tahu pasal negara kita sekarang ni”

“Ana tak tahu isu semasa sekarang ni”.Aku jawab apa yang terlintas. Aku bukan tak tahu langsung tapi memang aku dah lama tak baca berita, alasannya sepanjang study week dok mengadap buku pelajaran je.Lepas exam sibuk nak gathering dengan kawan2 kelas dan housemate.Langsung tak fikir pasal isu semasa. Sebetulnya, aku tak ada mood nak jawab soalan pasal itu sebab masih terfikir-fikir dengan kata-kata ukht tadi.

“Hah,enti cuba tolong kawan enti ni,bagi tahu ana apa yang enti tahu pasal isu semasa sekarang ni?”.Ukht beralih soalannya pada sahabat-sahabat yang lain,yang sama kumpulan dengan aku.Aku memerhatikan mereka menjawab seorang demi seorang.Ada isu yang mereka nyatakan aku tahu,ada yang aku baru tahu.Ternyata aku lagi teruk dari mereka..Takpe azila,ko memang dah lama tak baca berita kan..aku kembali memujuk hati.Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya rasa waktu itu.

Seorang lagi ukht datang mendekati aku. “Ana peliklah tengok enti ni,ana Nampak enti ni ‘MACAM LALANG’.Ana rasa enti ni tak ada prinsip,goyah sangat.Enti nak jadi ape sebenarnye ni?.Enti rasa enti boleh Berjaya ke kalau enti terus macam ni?dengan sifat ego yang ada dalam diri enti.”Ukht bersuara lembut tapi kata-katanya cukup menusuk ke hati.

Wah,bagaikan ada satu awan mendung membaluti hati. Apa yang aku mampu buat waktu itu beristighfar dalam hati,tunduk merenung lantai muhasabah diri. Saat ini, aku sedang cuba bertahan daripada air hujan membasahi pipi..#Tahan azila,tahan..inilah saat yang dah lama ko inginkan, teguran dari orang lain.Bukan ke ko dah lama tunggu teguran dari orang lain.Lagipun sejak masuk tamhidi ni dah lama ko tak kena tegur.Sekarang, inilah masanya azila,ko ditegur dengan akak2 yang sebenarnya tak kenal pun ko macam mana.Tapi dari tulisan ko,diorang boleh ‘trace’ ko ni macam mana orangnya. Sabar azila, jangan nangis, ni semua provokasi yang membantu mengingatkan diri kau..Aku masih setia memujuk diri aku, aku tak mahu mengharap pujukan dari orang lain,aku tak perlukan pembelaan daripada sahabat-sahabat ketika itu, aku tak mahu renung muka mereka yang seolah-olah mengisyaratkan rasa simpati..#Tak pe sahabat,aku masih boleh bertahan,apa yang kedua-dua ukht lontarkan memang benar. Mereka memang hebat dalam menilai orang. Biarkan mereka berkata-kata, biarkan sahabat semua tahu.Aku ini manusia biasa sahaja!

“hah, enti cuba bagi tahu ana apa isi kuliah tadi?”Ukht yang pertama tadi bertanya dengan nada yang masih sama tapi perlahan sedikit daripada tadi.

Alamak,apa aku nak jawab ni??Soalan ni memang buat aku kecut perut. Mana taknya,kuliah tadi aku ngantuk sangat2,tak boleh nak tahan2. Aku cuba juga nak lawan tapi memang tak boleh tahan. Sahabat2 lain pun rata-ratanya macam itu juga. Kesian ustaz tu,bagi ceramah dengan semangat tapi ada juga yang tidur. Nak buat macam mana,tidur 2 jam saja..ah,alasan!.Ukht tadi kembali ulang soalannya,kali ini dia memperincikan sedikit soalan tadi..Sebaik sahaja dengar soalannya yang terbaru ni,aku cuba menghadamkan balik…Tiba2…

*ting!!Alhamdulillah ilham datang, ternyata ukht tadi tanyakan soalan yang kebetulan masa modul petang itu aku membaca tentangnya..Apa lagi,aku jawab jela ape yang aku baca,  cuba ingat2 balik.Tawakal jela azila,ko jawab je apa yang ko rasa nak jawab.Just be confident!.

“Hmmm,enti ni cakap kemas.Orang tanya boleh pulak jawab.Tapi enti tak hayati apa yang enti tau,apa yang enti baca.Enti tau tak yang enti ni ‘BODOH SOMBONG’ ” .

Allahuakbar!sekali lagi aku rasa kena berdebuk kat batang hidung ni ha..Ye,memang betul,aku akui. Selama ini aku belajar,aku baca cukup sekadar lepas tulis kat kertas periksa je.Tapi aku tak pernah hayati apa yang aku belajar,apa yang aku baca.Bila dah habis je exam,orang lain tanya soalan tu senang2 je jawab ‘sori ek,dah lupa la.Dah lama tinggalkan subjek tu’.. ‘alah,bukan die tanya pun dalam exam final’.. ‘err..takpe2 ustaz atau ustazah tu mesti tahu,apa kata kita tanya die je bila ada orang tanya’..
Memang inilah kenyataannya,aku lebih risaukan ujian dunia daripada ujian akhirat.Bila sekali lupa,tak pernah ada usaha nak rujuk balik,nak cuba fahamkan. 

Aku rasa cukup dengan aku tahu basic je, yang lain2 tak payah risau sebab sekarang ni dah banyak ustaz ustazah,diorang boleh jawab semua soalan tu. Aku tak pernah pun nak belajar untuk kefahaman aku sendiri, bersedia nak jawab bila ada orang tanya. Dan yang paling penting aku tak belajar untuk memahami dan menghayati sirah perjuangan Rasulullah. Kenapa Rasulullah buat macam itu?atas dasar apa baginda buat begitu,begini?. Apa hikmahnya kalau berlaku macam itu,macam ini?. Tak pernah terfikir  betapa susahnya perjuangan baginda. Tak pernah cuba untuk merasai keperitan baginda dan para sahabat. Ya Allah, aku ini memang hambaMU yang paling teruk.

“Cuba enti bayangkan Rasulullah ada kat depan mata enti sekarang ini,apa yang enti nak buat?apa yang enti nak bagitahu baginda?”.Ukht pertama memberi arahan.

Ya Allah,aku tak boleh nak bertahan kalau disuruh membayangkan Rasulullah ada depan mata. Aku terdiam,tunduk merenung lantai.Cuba untuk membayangkan. Hati jadi sebak, terhimpit sangat2.

“Cepatlah,apa yang enti nak buat?”. Ukhti tadi mendesak. Aku masih diam,tunduk merenung lantai. Pandanganku mula kabur dengan takungan air mata.

“Cepatlah!!!muslimat ni lambat betul,orang bagi arahan semua lambat nak bertindak”. Suara ukht mengeras. Aku katakan apa yang aku mahu katakan sambil menangis.Aku berkata-kata seolah-olah baginda sedang mendengar apa yang aku katakan. Ah,terlalu banyak menangis nampaknya hari ini.Puas rasanya ‘dipaksa’ menangis sewaktu sharing moment petang tadi.

“Antum semua buat satu barisan kat sini”.Ukht yang kedua memberi arahan untuk sahabat2 lain berdiri sejajar dengan aku.Pada awalnya aku berdiri menghadap mereka. Aku kembali tenang,berhenti menangis.
Ukht yang kedua datang mendekati aku,dia memberikan nasihat dan semangat untukku.Dia meminta maaf dan meyakini aku boleh menjadi insan yang lebih baik daripada sekarang.Aku mengangguk dan berterima kasih diatas nasihat yang diberikan.

Kini tiba saat ukht yang pertama datang,dia memberikan senyuman.Dia meminta maaf dan memberikan semangat kepadaku,dia kembali menarik kata2nya tadi.Aku kembali menangis sewaktu dia mendekatkan tangannya kepadaku dan berkata “enti kena perlapang dada”.Kami marah bukan sebab benci,tapi sebab kami sayang.Kami tak mahu tengok antum leka dengan kekurangan dan kelemahan antum. Aku mengucapkan terima kasih yang sememangnya tulus dari hati.Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mendengar nasihat daripada mereka.

 Aku bersyukur sangat2 kerana dipertemukan insan2 seperti mereka.Aku dapat merasakan nasihat yang diberikan adalah tanda cinta,cinta kerana Allah.Cinta untuk bersama-sama ke syurga,cinta ila mardhatillah!!~


Tuesday, January 3, 2012

..::AKU JATUH CINTA::..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
Assalamua’laikum sahabat pembaca sekalian..

Alhamdulillah buat sekian kalinya,Allah masih memberi ruang dan kesempatan untuk saya berceloteh dalam ruangan keramat ni..Alhamdulillah…
Post kali ni saya tulis dengan hati yang sangat berbunga riang dan penuh rasa cinta pada keindahan agama milik ALLAH S.W.T..Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar..Ya Allah,sesungguhnya AKU JATUH CINTA….pada keindahan AGAMAMU!!

Berlalu sudah tahun 2011,dan kini dengan tibalah sudah tahun 2012 menampakkan dirinya..Ini bermakna,kita semua bertambah lagi usia,tambah lagi amanah dan tanggungjawab,makin jauh kita tinggalkan masa lalu,makin dekat ajal menanti..mungkin pada tahun 2012 ini ajal saya mungkin tiba..tak siapa tahu,itu semua rahsia Allah..

Ok,sebenarnya saya nak kongsi pengalaman indah saya bersama dengan rakan-rakan serumah (E-4-5,Kolej Kediaman Nilam Court),buat pertama kalinya kami sama-sama menghadiri program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati anjuran Raudhatus Sakinah..Untuk makluman semua,program ini telah diadakan buat kali kedua Masjid Negara.Kali pertama dibuat pada 31 disember 2010-1 januari 2011..

Kali ni saya tak nak cakap banyak2..ape kate kite tengok gambar je..baru best..



Gambar ni,gambar ahli usrah saya masa program tu..
yang pakai vast hitam tu sis fida,akak fasi kami
comel kan kami??^_^


aha..suka time ni,yang auntie pakai topi merah ni sebenarnya foreigner dr US..
yang paling best dr auntie ni die cakap kat kami 
"when you all wear this kind of hijab,you look so beautiful"
Subhanallah,sungguh indah aturan Allah..
segala yang diperintahkan itu sememangnya indah..=)
*yg tudung putih tu nama die nik nurul nazipah,kami panggil che Pah!!!..hehe..



Yang ni pula dewan muktamar jawi atau tempat penyiara TV AL-Hijrah..
Kami berkumpul untuk perasmian dan showcase kat sini..
tempat ni tak jauh dari masjid negara,sebelah je..


yang ni pulak masa Fedtri Yahya jadi pengerusi majlis..
yg kat tengah tu ustazah Firuz (juara ustazah pilihan),
yang hujung tu Ibu Aisyah(penyanyi)
masa ni kira macam sharing moment la,
masing2 berkongsi cerita2 dan pendapat  untuk para remaja yang hadir..
Seronok dengar ustazah firuz cakap,die siap bagi quote france lagi..
ustazah Firuz pernah belajar kat Amerika..hebat2!!


Ni pulak ustaz zahazan..die bagi ceramah sampai berdiri..seronok dengar ustaz bagi ceramah sangat menyentuh dengan kata2 yang lembut..antara kata2 yang paling saya suka dan ingat
"Sebenarnya ibu bapa kita tak mengharapkan pun kebahagiaan dari kita,tapi cukuplah kalau kita tak buat mereka menderita"..menitis airmata saya dengar kata2 ustaz tu..rasa banyak sangat buat dosa kat mama papa ='(



yang ni sangat best!!!kumpulan ni nama die shoutul harakah kumpulan aktivis yang nyanyi lagu untuk palestin
yang paling menarik,semua ahli kumpulan ni terdiri dari golongan yang profesional..
*tambahan,ada sorang ahli die belum kahwin lagi...ehem2..ape ke hei??huhu...


semangat para2 mujahid...
saya terkejut dan kagum melihat semangat mereka bila shoutul harakah membuat persembahan
kuat sungguh semangat juang mereka untuk saudara kita di bumi palestin..Allahuakbar!!




Dan untuk gambar yang terakhir ni..bagi siapa2 yang tak pernah jejak ke masjid negara,
inilah rupa dalaman masjid..cantik dan luas kan??secara keseluruhannya,memang indah..rumah Allah,mestilah lebih cantik dan besar..tapi jangan lupa jaga kebersihan ye!!!=)


ok,sekian saja celoteh saya kali ini..serba sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan..
insyaAllah,jika diberi kesempatan dan kekuatan saya akan berceloteh lagi ye!
semoga anda semua dalam rahmat Allah selalu ye!!
ma'as salamah...