Pages

Saturday, September 20, 2014

TAHU

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri

Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

hmmm..
what should i do right now?
Dah berhari-hari aku seolah-olah tercari-cari
Apa sebenarnya yang aku nak cari?
*haa..pening tak?
Aku sendiri pun tak boleh nak describe perasaan ni macam mana

Semalam dalam usrah,
Naqibah ada buat satu modul,
dia suruh lukis apa-apa motif yang menggambarkan perasaan masing-masing.
And waktu tu i was just like..haa?
perasaan?
Apa perasaan aku sekarang ni?
Aku betul-betul buntu.
Sahabat-sahabat lain dengan tekunnya menunduk dah start lakar-lakar,
Aku pulak jeling je.
Apa aku nak lukis ni? -.-"
Seiriusly,aku sendiri celaru dengan perasaan aku masa tu.
Kalau ikut hati nak biar kosong je.
Memang tula aku rasa.
Kosong..kosong..kosong.

Kat belakang tu plak kena tulis planning in 5 years,
Hat tu laju sikit la aku tulis.
Mungkin sebab aku dah buat planning sikit-sikit,
Bila kertas aku dah sampai kat org lain,
Org tu sendiri xboleh expect tu kertas aku,
Dia cakap berkali-kali dia baca dia still xboleh detect sapa.
But once dia tahu,
dia pelik dengan lukisan aku tu.
Bila dah suruh explain,aku pun nak tak nak explain laa
bla..bla..bla..

Hmm..
entahlaa..
aku sendiri pun tak faham dengan diri aku,
aku rasa apa yang aku target semua tak tercapai,
apa yang aku nak semua tak dapat,
sampai satu tahap aku rasa aku putus asa dengan semua benda.
Semuanya..
Aku rasa nak berhenti dari semua benda yang aku dah mulakan

Aku malu dengan diri sendiri,
Aku malu sebab aku rasa aku tak bolleh nak buat apa-apa,
Aku tak boleh nak sumbang apa-apa. :'(

Puas dah aku menangis sepanjang cuti sem,
Penat dah aku rasa sakit seorang diri,
Alu letih dah nak melayan perasaan sendiri,
Tapi Alhamdulillah,
Benda yang aku rasa aku tak mampu lalui,
Aku berjaya lalui.
CUMA,aku rasa aku atasi dengan improper way
dan sejak tu aku tahu aku bukan berjaya atasi 
Tapi aku cuma berjaya memboloskan diri,
Aku cuma boleh berlakon depan orang,
seolah-olah aku ni ok je,
Tak ada ape-ape.
I'm just fine!
I'm feeling great!

Yang aku tahu sekarang ni,
Aku seolah-olah dah immune diri aku,
Aku suntik banyak-banyak ubat pelali kat dalam hati aku ni,
Supaya aku tak perlu nak bagi harapan pada sesiapa,
Tak perlu nak mengharapkan apa-apa dari manusia,
Aku dah bosan.
Bosan hidup dalam pandangan orang,
Aku dah tak peduli apa orang nak kata,
Nak fikir pasal aku,
Aku dah tak kisah.

Aku tahu Allah nak ajar aku sesuatu,
Yup!
Memang aku dapat rasakan pengajaran itu,
Sekarang ni aku rasa aku masih perlu waktu untuk kuatkan diri sendiri,
Aku masih perlukan waktu,
Aku nak didik hati supaya tak mudah putus asa dengan keputusan mereka,
Aku hormati keputusan itu sebab aku yakin ada rahmat dalam keputusan mereka.
Aku tak menyalahkan sesiapa,
Terima kasih kerana bagi peluang.
Sekurang-kurangnya aku tahu part mana yang aku kurang.
Alhamdulillah,Allah masih beri peluang.
Aku TAHU,
rahmatMu masih ada untukku ya Allah.
Teruskanlah mendampingiku,
Teruskanlah mendidikku.






Saturday, November 23, 2013

KU TEMUI SEBUAH MUTIARA


Alhamdulillah,
sehingga ke saat ini Allah masih memanjangkan usia,
memberi peluang untuk bernafas dengan udara percuma pemberianNya,
tiada cagaran,tiada cukai mahupun dengan nilai apa sekalipun.

Alhamdulillah,
Aku berjaya menjengah ke semester 3 pengajianku,
setiap semester,mempunyai coretan kisah yang tersendiri,
pahit,manis,tawar,masin,masam..
semuanya dah menjadi "ramuan masakan" pengalaman hidup aku..
Sementara pengajian semester ini berbaki hanya dalam 3 minggu,
Aku nak sisipkan sedikit rasa dan cerita yang aku akan kenang..

Satu perkataan yang aku boleh ungkap untuk semester ini ialah "KEMATANGAN"
Banyak benda yang aku lalui sepanjang sem ni,
Aku rasa aku banyak sangat ber'mujahadah',
Dari rasa ke rasa,
Dari peristiwa ke peristiwa,
dari satu keadaan ke satu keadaan,
Semuanya mengajar aku untuk lebih matang.

Hanya Allah yang tahu,
betapa peritnya aku hadapi semua tu,
Aku akui,
Terlalu banyak perkara yang aku pendam,
Terlalu banyak hal yang aku diam,
Terlalu banyak peristiwa yang terakam.

Sampailah satu saat,
Aku betul-betul rasa aku nak lari dari semua,
Tapi aku tak tahu macam mana nak meloloskan diri,
Nak tak nak aku kena berdepan juga.

Dalam sibuk aku fikir masalah sendiri,
Aku terlupa yang aku ada tanggungjawab,
Tanggungjawab pada umat,
Kalau aku sibuk memikirkan "penyakit" aku yang tak sudah-sudah,
siapa pula yang nak merawat penyakit umat?

Menyedari tanggungjawab tu,
Aku cuba untuk bangkit,
Aku bertawasul pada Allah,
Seandainya apa yang aku lakukan ini Kau redha dengannya,
Maka Kau permudahkanlah segala urusanku,
Kau leraikanlah kekusutan dimindaku,
Kau kurniakanlah ketenangan kepadaku,
Kau tunjukkanlah jalan yang benar untuk aku tuju..

Alhamdulillah,sekarang..
Aku lebih tenang,
Aku lebih matang,
Aku tahu setiap perkara adalah dari Dia,
Setiap perkara ada hadafnya,ada hikmahnya,
Dia nak tengok sejauh mana kebergantungan aku pada Dia.
Akhirnya..aku temui MUTIARA itu :')