Pages

Saturday, September 20, 2014

TAHU

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri

Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

hmmm..
what should i do right now?
Dah berhari-hari aku seolah-olah tercari-cari
Apa sebenarnya yang aku nak cari?
*haa..pening tak?
Aku sendiri pun tak boleh nak describe perasaan ni macam mana

Semalam dalam usrah,
Naqibah ada buat satu modul,
dia suruh lukis apa-apa motif yang menggambarkan perasaan masing-masing.
And waktu tu i was just like..haa?
perasaan?
Apa perasaan aku sekarang ni?
Aku betul-betul buntu.
Sahabat-sahabat lain dengan tekunnya menunduk dah start lakar-lakar,
Aku pulak jeling je.
Apa aku nak lukis ni? -.-"
Seiriusly,aku sendiri celaru dengan perasaan aku masa tu.
Kalau ikut hati nak biar kosong je.
Memang tula aku rasa.
Kosong..kosong..kosong.

Kat belakang tu plak kena tulis planning in 5 years,
Hat tu laju sikit la aku tulis.
Mungkin sebab aku dah buat planning sikit-sikit,
Bila kertas aku dah sampai kat org lain,
Org tu sendiri xboleh expect tu kertas aku,
Dia cakap berkali-kali dia baca dia still xboleh detect sapa.
But once dia tahu,
dia pelik dengan lukisan aku tu.
Bila dah suruh explain,aku pun nak tak nak explain laa
bla..bla..bla..

Hmm..
entahlaa..
aku sendiri pun tak faham dengan diri aku,
aku rasa apa yang aku target semua tak tercapai,
apa yang aku nak semua tak dapat,
sampai satu tahap aku rasa aku putus asa dengan semua benda.
Semuanya..
Aku rasa nak berhenti dari semua benda yang aku dah mulakan

Aku malu dengan diri sendiri,
Aku malu sebab aku rasa aku tak bolleh nak buat apa-apa,
Aku tak boleh nak sumbang apa-apa. :'(

Puas dah aku menangis sepanjang cuti sem,
Penat dah aku rasa sakit seorang diri,
Alu letih dah nak melayan perasaan sendiri,
Tapi Alhamdulillah,
Benda yang aku rasa aku tak mampu lalui,
Aku berjaya lalui.
CUMA,aku rasa aku atasi dengan improper way
dan sejak tu aku tahu aku bukan berjaya atasi 
Tapi aku cuma berjaya memboloskan diri,
Aku cuma boleh berlakon depan orang,
seolah-olah aku ni ok je,
Tak ada ape-ape.
I'm just fine!
I'm feeling great!

Yang aku tahu sekarang ni,
Aku seolah-olah dah immune diri aku,
Aku suntik banyak-banyak ubat pelali kat dalam hati aku ni,
Supaya aku tak perlu nak bagi harapan pada sesiapa,
Tak perlu nak mengharapkan apa-apa dari manusia,
Aku dah bosan.
Bosan hidup dalam pandangan orang,
Aku dah tak peduli apa orang nak kata,
Nak fikir pasal aku,
Aku dah tak kisah.

Aku tahu Allah nak ajar aku sesuatu,
Yup!
Memang aku dapat rasakan pengajaran itu,
Sekarang ni aku rasa aku masih perlu waktu untuk kuatkan diri sendiri,
Aku masih perlukan waktu,
Aku nak didik hati supaya tak mudah putus asa dengan keputusan mereka,
Aku hormati keputusan itu sebab aku yakin ada rahmat dalam keputusan mereka.
Aku tak menyalahkan sesiapa,
Terima kasih kerana bagi peluang.
Sekurang-kurangnya aku tahu part mana yang aku kurang.
Alhamdulillah,Allah masih beri peluang.
Aku TAHU,
rahmatMu masih ada untukku ya Allah.
Teruskanlah mendampingiku,
Teruskanlah mendidikku.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.