“Ana nak tanya enti,kalau orang marah enti apa enti
rasa?”.Seorang ukht tanya dengan muka yang serius.
“Ana rasa sedih dan kecewa sangat dengan diri ana”. Aku
jawab dengan jujur,memang itu yang aku rasa tiap kali dimarah.Kadang-kadang aku
akan nangis sebab terlampau kecewa.
“Kalau enti dipuji apa enti rasa?”.Tanya ukht itu
lagi.
Alamak,yang ni pula nak jawab macam mana ye?takkan nak tipu
kata ‘ana rasa biasa je’ ke nak jawab ‘ana rasa ana tak layak
dipuji’..err???nampok benor nipunye..ok2 takpe jujur je..
“Ana rasa suka dan
bangga”.Aku terus toleh pandang ke ukht yang bartanya untuk melihat
reaksinya.
*Papp..ukht ketuk meja dengan mukanya yang lebih serius
dari tadi.
“Bagus ke ada perasaan
macam itu dalam diri enti?” .Nada ukht marah.
Aku diam,tunduk memandang lantai.Terkejut dengan tindakan
ukht itu,namun jauh disudut hati aku sudah menduga reaksi ukht itu.Tak pe
azila,at least ko jujur,ko tak bohong..Aku cuba memujuk hati,tak mahu cepat
melatah dengan keadaan itu.
“Ana tanya ni,bagus ke ada perasaan bangga tu dalam diri
enti?”.Nada suara ukht agak keras,mendesak.
Aku menggeleng sambil memandang ke arah ukht itu,cuba
membalas pandangannya.
“Enti tau tak enti ni ‘EGO’?Enti tau tak perasaan
ego tu dah lama ada dalam diri enti?kalau orang marah enti, enti
sedih,kecewa.Tapi enti sedar tak yang kawan-kawan enti ni terseksa dengan sikap
bangga diri enti,dengan keegoan enti tu?”.Ukht tadi asalnya duduk terus
berdiri.
Aku terpana seketika,terkejut dengan kata-kata ukht
tadi..betul ke selama ini kawan-kawan terasa dengan sikap aku yang
sedemikian?kenapa mereka tak pernah beritahu aku tentang itu? .Ya Allah,aku
rasa kecewa sangat kalau betullah apa yang ukht kata itu benar.
“Hah,cuba enti bagi tahu ana apa isu semasa yang enti
tahu pasal negara kita sekarang ni”
“Ana tak tahu isu semasa sekarang ni”.Aku jawab apa
yang terlintas. Aku bukan tak tahu langsung tapi memang aku dah lama tak baca
berita, alasannya sepanjang study week dok mengadap buku pelajaran je.Lepas
exam sibuk nak gathering dengan kawan2 kelas dan housemate.Langsung tak fikir
pasal isu semasa. Sebetulnya, aku tak ada mood nak jawab soalan pasal itu sebab
masih terfikir-fikir dengan kata-kata ukht tadi.
“Hah,enti cuba tolong kawan enti ni,bagi tahu ana apa
yang enti tahu pasal isu semasa sekarang ni?”.Ukht beralih soalannya pada
sahabat-sahabat yang lain,yang sama kumpulan dengan aku.Aku memerhatikan mereka
menjawab seorang demi seorang.Ada isu yang mereka nyatakan aku tahu,ada yang
aku baru tahu.Ternyata aku lagi teruk dari mereka..Takpe azila,ko memang dah
lama tak baca berita kan..aku kembali memujuk hati.Hanya Allah yang tahu betapa
kecewanya rasa waktu itu.
Seorang lagi ukht datang mendekati aku. “Ana peliklah tengok
enti ni,ana Nampak enti ni ‘MACAM LALANG’.Ana rasa enti ni tak ada
prinsip,goyah sangat.Enti nak jadi ape sebenarnye ni?.Enti rasa enti boleh
Berjaya ke kalau enti terus macam ni?dengan sifat ego yang ada dalam diri
enti.”Ukht bersuara lembut tapi kata-katanya cukup menusuk ke hati.
Wah,bagaikan ada satu awan mendung membaluti hati. Apa yang
aku mampu buat waktu itu beristighfar dalam hati,tunduk merenung lantai
muhasabah diri. Saat ini, aku sedang cuba bertahan daripada air hujan membasahi
pipi..#Tahan azila,tahan..inilah saat yang dah lama ko inginkan, teguran
dari orang lain.Bukan ke ko dah lama tunggu teguran dari orang lain.Lagipun
sejak masuk tamhidi ni dah lama ko tak kena tegur.Sekarang, inilah masanya
azila,ko ditegur dengan akak2 yang sebenarnya tak kenal pun ko macam mana.Tapi
dari tulisan ko,diorang boleh ‘trace’ ko ni macam mana orangnya. Sabar azila, jangan
nangis, ni semua provokasi yang membantu mengingatkan diri kau..Aku masih
setia memujuk diri aku, aku tak mahu mengharap pujukan dari orang lain,aku tak
perlukan pembelaan daripada sahabat-sahabat ketika itu, aku tak mahu renung
muka mereka yang seolah-olah mengisyaratkan rasa simpati..#Tak pe
sahabat,aku masih boleh bertahan,apa yang kedua-dua ukht lontarkan memang
benar. Mereka memang hebat dalam menilai orang. Biarkan mereka berkata-kata, biarkan
sahabat semua tahu.Aku ini manusia biasa sahaja!
“hah, enti cuba bagi tahu ana apa isi kuliah tadi?”Ukht
yang pertama tadi bertanya dengan nada yang masih sama tapi perlahan sedikit
daripada tadi.
Alamak,apa aku nak jawab ni??Soalan ni memang buat aku kecut
perut. Mana taknya,kuliah tadi aku ngantuk sangat2,tak boleh nak tahan2. Aku
cuba juga nak lawan tapi memang tak boleh tahan. Sahabat2 lain pun rata-ratanya
macam itu juga. Kesian ustaz tu,bagi ceramah dengan semangat tapi ada juga yang
tidur. Nak buat macam mana,tidur 2 jam saja..ah,alasan!.Ukht tadi kembali ulang soalannya,kali ini dia memperincikan
sedikit soalan tadi..Sebaik sahaja dengar soalannya yang terbaru ni,aku cuba
menghadamkan balik…Tiba2…
*ting!!Alhamdulillah ilham datang, ternyata ukht tadi
tanyakan soalan yang kebetulan masa modul petang itu aku membaca
tentangnya..Apa lagi,aku jawab jela ape yang aku baca, cuba ingat2 balik.Tawakal jela azila,ko jawab
je apa yang ko rasa nak jawab.Just be confident!.
“Hmmm,enti ni cakap kemas.Orang tanya boleh pulak
jawab.Tapi enti tak hayati apa yang enti tau,apa yang enti baca.Enti tau tak
yang enti ni ‘BODOH SOMBONG’ ” .
Allahuakbar!sekali lagi aku rasa kena berdebuk kat batang
hidung ni ha..Ye,memang betul,aku akui. Selama ini aku belajar,aku baca cukup
sekadar lepas tulis kat kertas periksa je.Tapi aku tak pernah hayati apa yang
aku belajar,apa yang aku baca.Bila dah habis je exam,orang lain tanya soalan tu
senang2 je jawab ‘sori ek,dah lupa la.Dah lama tinggalkan subjek tu’.. ‘alah,bukan
die tanya pun dalam exam final’.. ‘err..takpe2 ustaz atau ustazah tu
mesti tahu,apa kata kita tanya die je bila ada orang tanya’..
Memang inilah kenyataannya,aku lebih risaukan ujian dunia
daripada ujian akhirat.Bila sekali lupa,tak pernah ada usaha nak rujuk
balik,nak cuba fahamkan.
Aku rasa cukup dengan aku tahu basic je, yang lain2
tak payah risau sebab sekarang ni dah banyak ustaz ustazah,diorang boleh jawab
semua soalan tu. Aku tak pernah pun nak belajar untuk kefahaman aku sendiri, bersedia
nak jawab bila ada orang tanya. Dan yang paling penting aku tak belajar untuk
memahami dan menghayati sirah perjuangan Rasulullah. Kenapa Rasulullah buat
macam itu?atas dasar apa baginda buat begitu,begini?. Apa hikmahnya kalau
berlaku macam itu,macam ini?. Tak pernah terfikir betapa susahnya perjuangan baginda. Tak
pernah cuba untuk merasai keperitan baginda dan para sahabat. Ya Allah, aku ini
memang hambaMU yang paling teruk.
“Cuba enti bayangkan Rasulullah ada kat depan mata enti
sekarang ini,apa yang enti nak buat?apa yang enti nak bagitahu baginda?”.Ukht
pertama memberi arahan.
Ya Allah,aku tak boleh nak bertahan kalau disuruh
membayangkan Rasulullah ada depan mata. Aku terdiam,tunduk merenung lantai.Cuba
untuk membayangkan. Hati jadi sebak, terhimpit sangat2.
“Cepatlah,apa yang enti nak buat?”. Ukhti tadi
mendesak. Aku masih diam,tunduk merenung lantai. Pandanganku mula kabur dengan
takungan air mata.
“Cepatlah!!!muslimat ni lambat betul,orang bagi arahan
semua lambat nak bertindak”. Suara ukht mengeras. Aku katakan apa yang aku
mahu katakan sambil menangis.Aku berkata-kata seolah-olah baginda sedang
mendengar apa yang aku katakan. Ah,terlalu banyak menangis nampaknya hari
ini.Puas rasanya ‘dipaksa’ menangis sewaktu sharing moment petang tadi.
“Antum semua buat satu barisan kat sini”.Ukht yang
kedua memberi arahan untuk sahabat2 lain berdiri sejajar dengan aku.Pada
awalnya aku berdiri menghadap mereka. Aku kembali tenang,berhenti menangis.
Ukht yang kedua datang mendekati aku,dia memberikan nasihat
dan semangat untukku.Dia meminta maaf dan meyakini aku boleh menjadi insan yang
lebih baik daripada sekarang.Aku mengangguk dan berterima kasih diatas nasihat
yang diberikan.
Kini tiba saat ukht yang pertama datang,dia memberikan
senyuman.Dia meminta maaf dan memberikan semangat kepadaku,dia kembali menarik
kata2nya tadi.Aku kembali menangis sewaktu dia mendekatkan tangannya kepadaku
dan berkata “enti kena perlapang dada”.Kami marah bukan sebab benci,tapi sebab
kami sayang.Kami tak mahu tengok antum leka dengan kekurangan dan kelemahan
antum. Aku mengucapkan terima kasih yang sememangnya tulus dari hati.Aku
bersyukur kerana diberi peluang untuk mendengar nasihat daripada mereka.
Aku
bersyukur sangat2 kerana dipertemukan insan2 seperti mereka.Aku dapat merasakan
nasihat yang diberikan adalah tanda cinta,cinta kerana Allah.Cinta untuk
bersama-sama ke syurga,cinta ila mardhatillah!!~