Pages

Sunday, February 13, 2011

wanitaku,sedarilah dirimu begitu berharga!!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih beri kesempatan dan ruang untuk kembali beraksi di hadapan cermin hikmat ini. Sudah lama rasanya jari-jari ini tidak menari-nari di atas keyboard. Almaklumlah,sekarang ini sedang sibuk berkerja memandangkan tiada aktiviti sepanjang cuti. Namun begitu ,post kali ini sebenarnya merupakan permintaan daripada sahabat saya sendiri yang menginginkan tajuk seperti ini .Walaupun mengambil masa yang agak lama, alhamdulillah sedikit sebanyak yang saya dapat diharapkan dapat kita sama-sama kongsi. Maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam post ini.Buat sahabat saya ,sejuta keampunan dipinta kerana lambat menunaikan permintaan anda.




Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Tanda Benarnya Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ
كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)





BERTUDUNG IKUT SYARIAT ATAU IKUT FESYEN SEMATA2?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung..Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.




Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.

Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.

Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.




Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?
Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

Boleh dikatakan setiap hari kaum lelaki berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).


Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?

Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

Di bulan Ramadhan pula tu..?

TERBELIAK MATA-MATA kaum lelaki itu...!!

Kurang pahala puasa..!!

Andai saja wanita mengerti apa yang di pikirkan seorang laki-laki ketika melihat mereka berpakaian seksi, saya yakin mereka pasti tak mau tampil seperti itu lagi. Kecuali, bagi mereka yang memang sudah punya niat untuk menarik lelaki dengan aset berharga yang mereka punya.

Tuesday, February 8, 2011

BUAT SI DIA!!!~


Buat sidia ....
Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu

sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.


sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH...