Pages

Wednesday, May 29, 2013

AKU MALU!


saat ni,
entah berapa kali air mataku menitis,
aku pelik sangat dengan perangai aku harini,
sikit-sikit nangis,
sikit-sikit sok-sek sok sek,
kenapa emo sangat?

Entahlah,
sejak kebelakangan ni,
aku rasa sangat kecewa,
sangat-sangat kecewa,
puas dah aku menjerit,
puas dah aku merintih,
puas dah aku merengek,
ppas dah aku membentak,
tapi,semua tu cuma bergema dalam relung hati aku je.

Bila aku imbas balik,
satu demi satu rentetan peristiwa hari ni,
aku rasa aku terhina sangat,
sangat-sangat terhina
hina pada pandangan DIA.

Banyak sangat dosa aku ni,
Banyak sangat,
sangat-sangat banyak!!!

Allah,
malunya aku dengan Engkau ya Allah,
malunya aku dengan makhluk-makhluk engkau yang lain,
malunya aku pada pokok-pokok,
pada saat dia mampu membekalkan udara pada aku,
dia tak putus-putus berzikir padaMU Allah.

Malunya aku pada ikan-ikan di laut,
pada saat mereka tahu ajal mereka kerana jadi santapan manusia,
mereka juga tak putus-putus menyebut namaMU,Allah.

Tapi aku???
aku cuma bersungguh-sungguh
merintih,merayu,memohon bila waktu aku susah je.
Bila aku dah buntu nak buat apa,
Bila aku dah tak jumpa jalan penyelesaian,
Bila aku dah tak ada sape untuk bagi bantuan
Allah,kejinya aku ni. =(

"Dan  apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,berpalinglah dia serta
menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia berjumpa kesusahan,
maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar (Fussilat ayat 51)"

Thursday, May 23, 2013

SEKALI LAGI

SEKALI LAGI!

sekali lagi aku rasa istikharah ku teruji,
Ahh..dengar perkataan "istikharah" je 
hati aku berdebar-debar,tak keruan.
Tiba-tiba rasa macam nak salahkan pada orang yang bertanya.

"enti dah istikharah belum?"
"dah..."
"enti tak bagitahu ana pun enti nampak siapa"

Aku terdiam,
Aku berkira-kira untuk bagi jawapan pada si dia,
sejujurnya,sejak mimpi malam itu,
aku seakan-akan "fobia" nak teruskan istikharah,
mimpi sangat tidak menyenangkan hati aku,
daripada bangun tidur sampai tidur balik,
semua serba serbi tak kena,
Arghhh..aku stress!
Puas aku berfikir,kenapa mesti dia(orang lain)?
kenapa tiba-tiba dia yang muncul dalam mimpiku?

Sejak dari hari tu,
aku sedaya upaya mengelakkan diri dari 'bertembung' dengan dia,
DAN,satu perkara yang aku syukuri,
dia orang yang sangat sibuk,
kebetulan kami tahun yang berbeza,fakulti yang berbeza.
Alhamdulillah,kurang kebarangkalian untuk bertembung dengan dia.

Lama-kelamaan,
aku berjaya 'recover' balik perasaan dek igauan semalam,
aku memang langsung tak nampak kelibat dia,
cuma status FB dia je yang "menyemak" di 'wall' aku,
oh! yea, bila nampak nak muncul nama dia,
aku terus scroll laju-laju..malas nak baca!

Satu hari,aku habis kelas awal.
Aku keluar dewan kuliah,singgah ke gerai pelajar di foyer fakulti(tumpang fakulti orang),
aku belek-belek barang kat sebuah gerai ni,
masa aku belek-belek,aku perasan ada mata yang sedang  memerhati,
mula-mula aku cuba buat tak tahu,tapi lama-lama aku rasa rimas!
aku pun cuba nak pastikan samada betul-betul ada orang pandang atau tidak,
DAN bila aku pandang...
GULP!!!
mata kami bertentangan,hati berdebar,aku tak keruan.
Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan,
Aku terus ajak kawan aku beredar dengan segera

Aku membentak dalam hati,
"kenapa mesti jumpa dia?"
"arghh..tak ada orang lain ke kalau ye pun nak bertembung"
"tapi....kenapa dia pandang aku?"
-OK STOP!!!-
tak nak buat apa-apa 'assumption' lagi dah.

Persoalan dari si dia membuatkan aku termenung panjang,
aku memikirkan kebenaran istikharahku tempoh hari,
memikirkan jawapan itu yang sama sekali tak menyenangkan hati,
memang itu ke jawapannya?
kalau YA,kenapa aku tak merasa senang?
ALLAH,berikan aku jawapan! ='(


Monday, May 6, 2013

SAYA SAYANG MALAYSIA

5 Mei 2013,
Rakyat Malaysia yg berumur 21 tahun ke atas,
dikira layak untuk mengundi.
dan AKU?
Aku pada tarikh ini baru berusia 20 tahun 3 bulan 23 hari,
Belum layak untuk mengundi.

ARGHHH!
aku frust!
time tu la aku rasa macam nak salahkan perlembagaan,
"pasai pa angpa letak syarat layak mengundi 21 tahun,awat bkn 20?"
"ang ingat budak2 umoq 20 ni tak matang ka?"
aku membentak dalam hati.
Masa tu,ramai sangat orang yang seolah-olah memperlekehkan kami yang dikira 'belum cukup umur' ni.
sebab apa?
sebab di antara kami,
ada yang lantang bercakap pasal politik,
ada yang sibuk berhujah dengan rakan sebaya tentang kondisi politik negara,
ada yang berkejar sana-sini,tolong kempen untuk PRU,
tak kurang jugak yang sibuk update stautus,upload poster,tukar DP kt FB.

Bagi aku,
tak ada had umur untuk berpolitik,
tak ada limit untuk mengutarakan pendapat tentang politik,
tak ada batas untuk berkongsi maklumat tentang politik.
Kerana apa?
kerana kita cakna tentang keadaan sekeliling kita,
kita tahu apa yang berlaku dalam negara kita,
kita tahu apa yang pemimpin kita lakukan,
kita tahu perkara apa yang harus kita contohi dari pemimpin kita,
kerana kita sayang negara KITA =)
SAYA SAYANG MALAYSIA!!!