Pages

Saturday, December 17, 2011

SEMESTER 2

assalamua'laikum..
moga pembaca sekalian berada dalam rahmat Allah selalu ye!
(schedule sem 2)
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Allah memberi secebis waktu untuk mencoret kat blog ni.Walaupun dalam ruang yang singkat,Alhamdulillah!

Post kali ni berkaitan dengan "recent situation" saya sekarang dan juga berkaitan dengan gambar kat atas tula kan..ok,gambar di atas menunjukkan takwim sem 2 yang saya draftkan sendiri based on course outline subjek yang saya ambil..

Antaranya:-
-Biologi (madam Wae,best!)
-Chemisry(madam Ruby,sangat motivate!)
-Physics(sir Arho,TERBAIK!)
-Math (miss Faeza,sempoi&stylo)
-Arabic Language
-English

*subjek yang ada cikgu tu,cikgu2 yang sama masa sem 1..meanwhile,arab and bi cikgu baru..kami student tamhidi panggil miss,madam,sir,cikgu,teacher(ala-ala sekolah menengah)..even masih pra-siswazah,no body cares~(trademark sir Arho)

Ok,berbalik pada gambar tu..cuba tengok banyak kan corak2 dan warna?itu maknanya semua tu include quiz,test,discussion,presentation,mid sem and final..tak lupa juga CUTI!!!(hehe^^)..kalau kawan-kawan perasan setiap minggu mesti ada corak..maknanya,setiap minggu akan ada quiz@test@discussion@presentation..

huhhh~itu jela yang mampu terkeluar bila baru siap takwim ni..sangat padat!..bak kata hlovate,buat kerja sampai tak cukup tanah..kalau nak di'compare'kan dengan sem 1,sem 2 ni jauh lebih sibuk daripada biasa..sem 1 more for adapting with campus lifestyle.Dan memang betul lah kata2 senior2..sem 2 tamhidi memang busy ditambah pulak dengan subjek yang susah.Allah,permudahkanlah!

First day masuk kuliah math,teacher dah mewara-warakan pasal sukan fakulti(SUFA)..Sebenarnya,tak ter fikir pun nak join sports kat usim..Tapi setelah teacher tawarkan ganjaran yang menarik bagi siapa2 yang masuk game tu,semua student(especially KTS 1,kuliah saya) memang berpusu-pusu naik turun bukit nak pergi Pusat Tamhidi pastu panjat tangga tingkat 5 untuk penuhkan name list acara2 yang ditawarkan..

Antaranya:-
~Ping-pong (*_*)
~Badminton
~Futsal
~netball
~hoki (lelaki saja)
~bola sepak (mestilah laki je kan)
~bowling ten pin
~Tennis
~voley ball
~Road relay
~bola baling

And guess what,FATIN AZILA BINTI NORIKHAN masuk ping-pong untuk wakil tamhidi lawan dengan senior2 degree..Aha,silakanlah untuk gelak ye!
asalnye,nak masuk futsal tapi teacher keluar list name lambat,pastu nak masuk netball tapi tak boleh nak hadirkan diri masa game tu,nak masuk badmiton tapi dah penuh..last2,tengok game lain yang tinggal tiba2 rasa macam nak cuba try test ping-pong..
kalau nak tahu menang ke kalah,PM la ek..^^

Apa2pun,semoga sem 2 ni membina semangat dan azam baru.Kena tajdid niat,arahkan niat ke arah yang benar dan jelas.Perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada.Semoga Allah permudahkan dan sentiasa mengiringi saya dan anda semua dalam rahmat dan kasih sayangNYA.insyaAllah!



*maaf,ayat dan kata-kata post kali ini saya santai dan bersahaja.Niat saya supaya anda tak bosan membaca kerana semuanya berkaitan dengan diri saya..

Monday, November 21, 2011

.::HERO::.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamua'laikum...Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar!
Alhamdulillah,masih Allah bagi kesempatan dan meminjamkan nyawa untuk kita terus hidup di muka bumi-NYA ini,Alhamdulillah..Dalam kesempatan waktu senggang yang ada ni,rasanya tak salah nak corat-coret(betul ke?) kat blog ni,insyaAllah ada manfaatnya untuk semua pembaca..

HERO???apa yang anda bayangkan?superman?batman?keluang man?em...cicak man?..aha,mereka-meraka ni  memang banyak mainkan peranan di kaca tv sebagai superhero yang menjalankan misi untuk selamatkan dunia(kononnya).Tapi keterlaluan tak kalau saya kata mereka-mereka ni sebenarnya bukan superhero yang sebenarnya?mereka ni cuma ibarat boneka yang dimainkan oleh jari-jari "inche direktor" je untuk melariskan filem-filem mereka supaya dapat menarik minat penonton(salah seorangnya sayalah).

HERO YANG SEBENAR-BENARNYA


Sedar atau tidak,seorang hero sepatutnya bukan sahaja seorang penyelamat mangsa-mangsa yang terancam,ditindas atau mungkin banteras orang-orang yang mengancam ,menindas,mengganas dan sewaktu dengannya,bahkan hero sebenarnya perlu menjadi orang yang mewujudkan dan mengekalkan keamanan dan keharmonian suasana itu sendiri..mungkin kita boleh katakan,"alah!memanglah, itu kan cuma 'BERLAKON' je,tak logik la kalau betul,mana ada orang yang boleh terbang,mana ada orang kena gigit labah-labah terus boleh jadi 'ORANG LABAH-LABAH(SPIDERMAN),saya kena gigit kucing tak jadi tak jadi 'CAT MAN' pun"...jadi,dalam dunia realiti kita ni siapa yang boleh jadi superhero??polis ke?tentera?..hmmm,mungkin~





HERO,novel karya Hilal Asyraf telah membuka minda saya dalam mengenal siapa selayaknya yang digelar hero.Walaupun dalam novel hero ni ada watak yang menjadi superhero,tapi sebenarnya apa yang nak diketengahkan sebenarnya adalah hero-hero yang menjadi harapan ummah.Ya,HERO yang sebenar-benarnya HERO ialah mereka yang bukan sahaja menyelamatkan bahkan mewujudkan dan berusaha untuk mengekalkan..siapa yang jadi penyelamat?mewujudkan apa?mengekalkan apa?..jawapannya,mereka yang menyelamatkan,mewujudkan dan mengekalkan sebenarnya kita sendiri..

Kenapa???kerana kita lah HERO yang diperlukan.Kita yang perlu menyelamatkan ummah dari belenggu jahiliyah yang menjadi musuh utama Islam dulu,kini dan akan datang.Musuh-musuh Islam sedang berusaha keras untuk menjatuhkan umat Islam dengan bermacam-macam cara.Kita juga perlu mewujudkan bi'ah(suasana) Islam,iaitu segala urusan dan perkara dalam kehidupan harian kita berlandaskan Islam sepenuhnya,seperti kata-kata yang selalu diguna pakai "Islam is The Way of Life".Dan kita jugalah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan bi'ah atau suasana Islam ini sehingga ke akhirnya,bagi menjamin kesejahteraan,keamanan dan juga keharmonian bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat dengan keindahan nikmat syurga,insyaAllah..
HERO CILIK!

p/s: maaf,kualiti video ni tak bagus(maklumlah,handphone murah)

Sebenarnya,kandungan video ini yang membuatkan saya terilham nak menge'post' tajuk HERO ni.Semalam, (20.11.2011) saya pergi tengok konsert tadika mama,tujuan kuat saya pergi saya nak tengok bakat 'si cilik' ni,dan video ni sahaja yang saya berminat nak rakam walaupun ada banyak lagi persembahan mereka.Saya terhibur dan tertarik sangat dengat kebolehan adik-adik ni menasyidkan lagu 'DEMI MATAHARI'.Walaupun gaya tak sekata,nyanyian tak jelas,tapi di mata saya mereka tetap hebat sebab mereka mampu buat penonton terhibur dan menghayati lirik lagu dengan gaya mereka.Untuk pengetahuan anda,adik-adik yang membuat persembahan nasyid berusia dalam lingkunga 3-6 tahun.Salah seorang daripada mereka merupakan jiran saya,baru berusia 3 tahun,dia sangat pendiam(malu agaknya),tapi bila buat persembahan ni,Subhanallah kagum saya melihatnya.

Anak-anak fitrahnya bersih,suci ibarat kain putih.Terpulang pada bahan dan warna yang mencorakkan mereka.Mereka ini juga akan jadi HERO pada ummah akan datang.Jadi,mereka perlu dididik dengan acuan yang betul untuk jadikan mereka permata ummah,penerus rantai perjuangan Rasulullah.Justeru,jangan cemarkan kain putih bersih dengan corak-corak yang tidak sepatutnya.Mereka ialah 'HERO CILIK',pewaris HERO-HERO pada saat ini.Moga saya dapat juga saham untuk melahirkan HERO yang MENYELAMATKAN,MEWUJUDKAN, MENGEKALKAN dan MENEGAKKAN kalimah "LAILLAHAILLALLAH" di muka bumi ini,insyaAllah.Moga Allah perkenankan...







Tuesday, November 8, 2011

-WARKAH-






SAHABAT : "Assalamua'laikum...zila, agaknya bila kita boleh jumpa lagi ek? kita ada sesuatu untuk Zila" .
SAYA : "Wah,macam menarik je! insyaAllah ada rezeki kita jumpa . Tak sabar nak tahu 'sesuatu' tu.."

Program PRIMUS pada 22/7/11 - 24/7/11 membawa sejuta pada saya dan mungkin pada sahabat seperjuangan yang lain. Kami(alumni KUSISS) hadir ke SMKA KUALA SELANGOR (KUSISS),membawa niat untuk membantu adik-adik tingkatan 4 yang bakal memegang tampuk kepimpinan di bumi barakah itu.Walaupun kami masing-masing sibuk,tapi demi adik-adik kami gagahkan juga untuk sama-sama menjayakan program itu.Tapi,saya tak dapat turut serta sampai ke akhir program.Ada tuntutan yang perlu diutamakan,di kesempatan ini,akak nak minta maaf pada adik-adik bawah bimbingan akak sebab akak pergi tanpa bagi tahu adik-adik,mesti adik-adik pelik tiba-tiba muncul fasi baru.Tak apa,Allah rencanakan sesuatu yang terbaik buat kita.Mesti adik dapat lebuh banyak ilmu dari kak Afiqah kan?.=)

Dengan kesempatan yang seketika itulah,saya rasa belum puas rasanya bertemu dengan adik-adik,sahabat,akak-akak senior yang lain.Rasa gembira sangat-sangat dapat berjumpa dengan anda semua.Tak sangka hubungan dengan akak-akak senior sangat akrab waktu tu (lebih-lebih lagi masa fasi kena denda),kita sama-sama tengok adik-adik beria nak "ambil" kita balik.Ya Allah,indahnya waktu itu,hanya Tuhan yang tahu.Bila sampai waktu berpisah,rasa sedih nak tinggalkan semua tu.Keesokan harinya,saya bertanya pada sahabat keadaan program,dia kata semua berjalan lancar.Alhamdulillah,lega rasanya.Sejak dari itu,rasa nak jumpa dengan sahabat saya lagi..nak sangat!Sampailah dia hatar mesej yang sebahagiannya telah dinyatakan diatas.Saya ternanti-nanti saat kita bertemu lagi.

PERTEMUAN BUAT KESEKIAN KALINYA 

Alhamdulillah,Allah izinkan kita berjumpa lagi sahabat.Kali ini pertemuan kita kerana ingin bersama-sama membantu adik-adik kita yang terleka,kembalikan mereka ke alam nyata.Meskipun diri ini agak berbelah bahagi awalnya untuk ke sekolah memandangkan peperiksaan final amat-amat dekat,ditambah pula dengan tak ada peneman.Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.Terima kasih ALLAH!.Bila sampai waktu kami berpisah,ternyata dia menunaikan janjinya untuk memberikan "sesuatu".Dan ternyata "sesuatu" itu sebuah warkah.Dia minta maaf sebab "sesuatu" itu bukanlah begitu berharga  dari fizikalnya,tapi bagi saya warkah ini sangat  istimewa dan tinggi nilainya.TERIMA KASIH SAHABAT!!!=)

WARKAH DARI SAHABAT

Assalamua'laikum w.b.t

   Tamgan ini mula menulis apa yang telah dirungkai oleh hati ini di dalam kalbu..Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang..bukanlah niatku ini disertai dengan nafsu tetapi diatas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya..

   Acap kali aku mendengar 'Kau Tercipta Untukku'.Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliah.Rahmat dan hidayah ALLAH yang diberikan kepada diriku, kini aku mengerti bahawa pada suatu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yg sememangnya diciptakan khas untukku iaitu dirimu..


   Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal,spiritual dan juga intelektual unutk bertemu denganmu. Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' dihadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus ku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting. Kerana aku risau aku menceritakan rahsia dirku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya,kerana dirimu adalah sebahagian diriku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini..


   Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah,digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah ma'ruf,digelar daie. Bukan itu yang ku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredaan ALLAH..



   Yang aku takut, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku & perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku mulai risau imanku lemah. Diriku tak dapat menahan diri dari fitnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita"..


   Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk RABBku tetapi untuk makhlukNYA. Aku memerllukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku rasa bersalah kepada dirimu kerana cinta yang hak dirimu ku curahkan kepada wanita lain.. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata yang bernilai di antara ribuan kaca yang menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis dibawah Luh Mahfuz untuk diriku , nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanam dalam diriku & dirimu..


   Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan kesolehanmu. Janji ALLAH pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"..Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi..


   Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Disana engkau setia menunggu diriku. Tetapi disini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatarmogana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri..


   Bukan harta,rupa dan keterunan yang aku pandang dalam mencarimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat dimana aku bakal melamarmu , akan kulihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian di antara kita kerana itu pesan nabi kita. Tak perlu alis mata seakan alis mata unta , wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima. Tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..


   Jika aku dipertemukan dengan dirimu , akanku jaga perasaan kasih ini supaya tak tercurah sebelum masanya. Akanku jadikan syara' sebagai pendinding diri kita . Akanku jadikan akad nikah sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita ,nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin..


  Doakan diriku ini agar tak berputus asa dan sesat dalam misi mencarimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku..


Wallahua'lam
   
Subhanallah!Allahuakbar!..Terima kasih sahabat!..Sungguh kamu adalah sahabat yang terbaik anugerah dari ALLAH. Aku tahu bahawa apa yang kamu lakukan ini adalah untuk kebaikan diri ini, kau berusaha untuk membantuku dalam melawan gelora hati dalam menempuhi alam remaja ini.TERIMA KASIH SAHABAT!..Moga ALLAH sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat..=)

Buat sahabat,mahupun pembaca sekalian moga kehadiran warkah ini juga dapat membantu anda dalam mencari "CINTA" yang suci tanpa noda..Moga dengan kehadiran warkah ini juga dapat memberikan inspirasi buat diri ini dan anda semua.Bersama menuju mardhotillah,insyaAllah..wallahua'lam..







Saturday, November 5, 2011

..: ONLY HOPE :..

There's a song that's inside on my soul,
It's the one that I tried to write over and over again,
I'm awake in the infinite cold,
But YOU sing to me over and over and over again.

So I lay my head back down,
and I lift my hand and pray,
to be only YOURS I pray, to be only YOURS
I know now YOUR my only hope.

Sing to me the song of the star,
Of YOUR galaxy dancing and laughing and laughing again,
When it feels like my dreams so far,
Sing to me of the plan that YOU have for me over again.

So I lay my head back down.
and I lift my hand and pray,
to be only YOURS I pray, to be only YOURS,
I know now YOUR my only hope.

I give YOU my destiny,
I'm giving YOU all of me,
I want YOUR symphony, singing in all that I'am,
At the top of my lungs, I'm giving in back.

So I lay my head back down.
and I lift my hand and pray,
to be only YOURS I pray, to be only YOURS,
I know now YOUR my only hope.


Lihat bait-bait lirik di atas, saya petik dari satu drama korea "DREAM HIGH".Oh ye,saya bukan fanatik korean movie @ drama,K-pop,wonder girls and so on. Kebetulan 'tertengok'..Saya tertarik dengan bait-bait lagu yang dinyanyikan Go Hye Mi "ONLY HOPE".Saya cuba melihat lirik lagu tersebut,ternyata lirik ini bersifat "harapan".Ye,memang kita lihat penyanyi asalnya bukan seorang muslim, Mandy Moore.Bukan itu hal yang saya nak ketengahkan tapi berkenaan "Harapan".

..HARAPAN DENGAN KEYAKINAN..

Harapan bersama dengan keyakinan atau harapan bersama angan-angan, ialah dua perkara yang berbeza. Apa bezanya?.Harapan bersama dengan keyakinan bermakna kita yakin perkara yang diharapkan akan berlaku. Kita sebagai umat Islam, dalam melakukan perkara seharusnya meletakkan keyakinan kita kepada yang lebih berkuasa,iaitu Allah.

“Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya, Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Q.s.,al-Baqarah:255)

Sebagaimana orang-orang kafir mempercayai Tuhan mereka,mengapa kita juga tidak boleh mempercayai TUHAN kita?.Saya bukanlah orang yang layak membicarakan soal akidah dan tauhid.Maaf,ilmu saya masih banyak lagi yang kurang.Cuma apa yang saya nak bawa kepada pembaca sekalian,kita seharusnya meletakkan keyakinan 100% terhadap Allah. Dengan keyakinan yang sedemikian, kita akan sentiasa berlapang dada seandainya diri kita diuji.Sebagai contoh,seandainya kita diuji dengan musibah, kita yakin bahawa musibah yang ditimpakan mempunyai hikmah. Percaya kata-kata saya,serahkan segala-galanya pada Allah. Tawakal terletak dihujung usaha. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.Yakinlah bahawa Allah punya rencanaNYA yang tersendiri,berlapang dada lah dalam menerimanya.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(Al-baqarah 2:214)

Lihat,Allah sendiri menyatakan dalam kalamNya. Teringat kata-kata Catriona Ross sewaktu dia menghadirkan diri ke kampus saya dalam program bicara siswi. "Akak bersyukur sebab Allah uji akak dengan semua yang akak lalui,sebab akak yakin segala ujian yang Allah berikan pada akak tanda Allah nak angkat darjat kita kepada darjat yang lebih tinggi". Ya,itulah dia kata-kata yang paling saya gemar!.Allah uji kita kerana DIA hendak mengangkat darjat kita.Beruntunglah bagi orang-orang yang mempercayainya.

Akhirul kalam,letakkanlah kepercayaan setinggi-tingginya kepada Allah dalam apa jua perkara.Jangan sesekali kita beburuk sangka dengan apa yang Allah rencanakan buat kita.Moga post ini dapat memberikan sesuatu yang manfaat buat diri dan pembaca sekalian,wallahua'lam...Allah is my only hope...=)


So I lay my head back down
and I lift my hand and pray,
to be only YOURS I pray, to be only YOURS,
I know now YOUR my only hope.


Wednesday, May 18, 2011

.::BILA SUATU SAAT::.


Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Allahu Rabbi aku minta izin,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau.

Allahu Rabbi aku punya pinta,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu,
Yang tidak terbatas,
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi,
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami kesempatan,
Untuk lebih mendekati cinta-Mu.

Allahu Rabbi,
Pintaku yang terakhir adalah,
Seandainya aku jatuh hati,
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku,
Anugerahkanlah aku cinta-Mu,
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.


*madah ABDUL GHANI,seorang penyair sufi daripada novel "SEINDAH MAWAR BERDURI".


Sunday, February 13, 2011

wanitaku,sedarilah dirimu begitu berharga!!


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih beri kesempatan dan ruang untuk kembali beraksi di hadapan cermin hikmat ini. Sudah lama rasanya jari-jari ini tidak menari-nari di atas keyboard. Almaklumlah,sekarang ini sedang sibuk berkerja memandangkan tiada aktiviti sepanjang cuti. Namun begitu ,post kali ini sebenarnya merupakan permintaan daripada sahabat saya sendiri yang menginginkan tajuk seperti ini .Walaupun mengambil masa yang agak lama, alhamdulillah sedikit sebanyak yang saya dapat diharapkan dapat kita sama-sama kongsi. Maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam post ini.Buat sahabat saya ,sejuta keampunan dipinta kerana lambat menunaikan permintaan anda.




Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Tanda Benarnya Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ
كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا


“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)





BERTUDUNG IKUT SYARIAT ATAU IKUT FESYEN SEMATA2?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung..Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.




Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.

Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.

Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.




Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?
Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

Boleh dikatakan setiap hari kaum lelaki berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).


Bagaimana lelaki-lelaki ISLAM di luar sana mahu menahan nafsu..?

Bila tengok perempuan ISLAM pakai ketat dan seksi macam itu..

Di bulan Ramadhan pula tu..?

TERBELIAK MATA-MATA kaum lelaki itu...!!

Kurang pahala puasa..!!

Andai saja wanita mengerti apa yang di pikirkan seorang laki-laki ketika melihat mereka berpakaian seksi, saya yakin mereka pasti tak mau tampil seperti itu lagi. Kecuali, bagi mereka yang memang sudah punya niat untuk menarik lelaki dengan aset berharga yang mereka punya.

Tuesday, February 8, 2011

BUAT SI DIA!!!~


Buat sidia ....
Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

sekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu

sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya..

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA.


sekiranya dirimu telah berasa siap.....maka dapatilah diriku............. hanya kerana ALLAH...