Pages

Monday, November 21, 2011

.::HERO::.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamua'laikum...Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar!
Alhamdulillah,masih Allah bagi kesempatan dan meminjamkan nyawa untuk kita terus hidup di muka bumi-NYA ini,Alhamdulillah..Dalam kesempatan waktu senggang yang ada ni,rasanya tak salah nak corat-coret(betul ke?) kat blog ni,insyaAllah ada manfaatnya untuk semua pembaca..

HERO???apa yang anda bayangkan?superman?batman?keluang man?em...cicak man?..aha,mereka-meraka ni  memang banyak mainkan peranan di kaca tv sebagai superhero yang menjalankan misi untuk selamatkan dunia(kononnya).Tapi keterlaluan tak kalau saya kata mereka-mereka ni sebenarnya bukan superhero yang sebenarnya?mereka ni cuma ibarat boneka yang dimainkan oleh jari-jari "inche direktor" je untuk melariskan filem-filem mereka supaya dapat menarik minat penonton(salah seorangnya sayalah).

HERO YANG SEBENAR-BENARNYA


Sedar atau tidak,seorang hero sepatutnya bukan sahaja seorang penyelamat mangsa-mangsa yang terancam,ditindas atau mungkin banteras orang-orang yang mengancam ,menindas,mengganas dan sewaktu dengannya,bahkan hero sebenarnya perlu menjadi orang yang mewujudkan dan mengekalkan keamanan dan keharmonian suasana itu sendiri..mungkin kita boleh katakan,"alah!memanglah, itu kan cuma 'BERLAKON' je,tak logik la kalau betul,mana ada orang yang boleh terbang,mana ada orang kena gigit labah-labah terus boleh jadi 'ORANG LABAH-LABAH(SPIDERMAN),saya kena gigit kucing tak jadi tak jadi 'CAT MAN' pun"...jadi,dalam dunia realiti kita ni siapa yang boleh jadi superhero??polis ke?tentera?..hmmm,mungkin~





HERO,novel karya Hilal Asyraf telah membuka minda saya dalam mengenal siapa selayaknya yang digelar hero.Walaupun dalam novel hero ni ada watak yang menjadi superhero,tapi sebenarnya apa yang nak diketengahkan sebenarnya adalah hero-hero yang menjadi harapan ummah.Ya,HERO yang sebenar-benarnya HERO ialah mereka yang bukan sahaja menyelamatkan bahkan mewujudkan dan berusaha untuk mengekalkan..siapa yang jadi penyelamat?mewujudkan apa?mengekalkan apa?..jawapannya,mereka yang menyelamatkan,mewujudkan dan mengekalkan sebenarnya kita sendiri..

Kenapa???kerana kita lah HERO yang diperlukan.Kita yang perlu menyelamatkan ummah dari belenggu jahiliyah yang menjadi musuh utama Islam dulu,kini dan akan datang.Musuh-musuh Islam sedang berusaha keras untuk menjatuhkan umat Islam dengan bermacam-macam cara.Kita juga perlu mewujudkan bi'ah(suasana) Islam,iaitu segala urusan dan perkara dalam kehidupan harian kita berlandaskan Islam sepenuhnya,seperti kata-kata yang selalu diguna pakai "Islam is The Way of Life".Dan kita jugalah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan bi'ah atau suasana Islam ini sehingga ke akhirnya,bagi menjamin kesejahteraan,keamanan dan juga keharmonian bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat dengan keindahan nikmat syurga,insyaAllah..
HERO CILIK!

p/s: maaf,kualiti video ni tak bagus(maklumlah,handphone murah)

Sebenarnya,kandungan video ini yang membuatkan saya terilham nak menge'post' tajuk HERO ni.Semalam, (20.11.2011) saya pergi tengok konsert tadika mama,tujuan kuat saya pergi saya nak tengok bakat 'si cilik' ni,dan video ni sahaja yang saya berminat nak rakam walaupun ada banyak lagi persembahan mereka.Saya terhibur dan tertarik sangat dengat kebolehan adik-adik ni menasyidkan lagu 'DEMI MATAHARI'.Walaupun gaya tak sekata,nyanyian tak jelas,tapi di mata saya mereka tetap hebat sebab mereka mampu buat penonton terhibur dan menghayati lirik lagu dengan gaya mereka.Untuk pengetahuan anda,adik-adik yang membuat persembahan nasyid berusia dalam lingkunga 3-6 tahun.Salah seorang daripada mereka merupakan jiran saya,baru berusia 3 tahun,dia sangat pendiam(malu agaknya),tapi bila buat persembahan ni,Subhanallah kagum saya melihatnya.

Anak-anak fitrahnya bersih,suci ibarat kain putih.Terpulang pada bahan dan warna yang mencorakkan mereka.Mereka ini juga akan jadi HERO pada ummah akan datang.Jadi,mereka perlu dididik dengan acuan yang betul untuk jadikan mereka permata ummah,penerus rantai perjuangan Rasulullah.Justeru,jangan cemarkan kain putih bersih dengan corak-corak yang tidak sepatutnya.Mereka ialah 'HERO CILIK',pewaris HERO-HERO pada saat ini.Moga saya dapat juga saham untuk melahirkan HERO yang MENYELAMATKAN,MEWUJUDKAN, MENGEKALKAN dan MENEGAKKAN kalimah "LAILLAHAILLALLAH" di muka bumi ini,insyaAllah.Moga Allah perkenankan...