Pages

Tuesday, November 8, 2011

-WARKAH-






SAHABAT : "Assalamua'laikum...zila, agaknya bila kita boleh jumpa lagi ek? kita ada sesuatu untuk Zila" .
SAYA : "Wah,macam menarik je! insyaAllah ada rezeki kita jumpa . Tak sabar nak tahu 'sesuatu' tu.."

Program PRIMUS pada 22/7/11 - 24/7/11 membawa sejuta pada saya dan mungkin pada sahabat seperjuangan yang lain. Kami(alumni KUSISS) hadir ke SMKA KUALA SELANGOR (KUSISS),membawa niat untuk membantu adik-adik tingkatan 4 yang bakal memegang tampuk kepimpinan di bumi barakah itu.Walaupun kami masing-masing sibuk,tapi demi adik-adik kami gagahkan juga untuk sama-sama menjayakan program itu.Tapi,saya tak dapat turut serta sampai ke akhir program.Ada tuntutan yang perlu diutamakan,di kesempatan ini,akak nak minta maaf pada adik-adik bawah bimbingan akak sebab akak pergi tanpa bagi tahu adik-adik,mesti adik-adik pelik tiba-tiba muncul fasi baru.Tak apa,Allah rencanakan sesuatu yang terbaik buat kita.Mesti adik dapat lebuh banyak ilmu dari kak Afiqah kan?.=)

Dengan kesempatan yang seketika itulah,saya rasa belum puas rasanya bertemu dengan adik-adik,sahabat,akak-akak senior yang lain.Rasa gembira sangat-sangat dapat berjumpa dengan anda semua.Tak sangka hubungan dengan akak-akak senior sangat akrab waktu tu (lebih-lebih lagi masa fasi kena denda),kita sama-sama tengok adik-adik beria nak "ambil" kita balik.Ya Allah,indahnya waktu itu,hanya Tuhan yang tahu.Bila sampai waktu berpisah,rasa sedih nak tinggalkan semua tu.Keesokan harinya,saya bertanya pada sahabat keadaan program,dia kata semua berjalan lancar.Alhamdulillah,lega rasanya.Sejak dari itu,rasa nak jumpa dengan sahabat saya lagi..nak sangat!Sampailah dia hatar mesej yang sebahagiannya telah dinyatakan diatas.Saya ternanti-nanti saat kita bertemu lagi.

PERTEMUAN BUAT KESEKIAN KALINYA 

Alhamdulillah,Allah izinkan kita berjumpa lagi sahabat.Kali ini pertemuan kita kerana ingin bersama-sama membantu adik-adik kita yang terleka,kembalikan mereka ke alam nyata.Meskipun diri ini agak berbelah bahagi awalnya untuk ke sekolah memandangkan peperiksaan final amat-amat dekat,ditambah pula dengan tak ada peneman.Alhamdulillah,Allah permudahkan segalanya.Terima kasih ALLAH!.Bila sampai waktu kami berpisah,ternyata dia menunaikan janjinya untuk memberikan "sesuatu".Dan ternyata "sesuatu" itu sebuah warkah.Dia minta maaf sebab "sesuatu" itu bukanlah begitu berharga  dari fizikalnya,tapi bagi saya warkah ini sangat  istimewa dan tinggi nilainya.TERIMA KASIH SAHABAT!!!=)

WARKAH DARI SAHABAT

Assalamua'laikum w.b.t

   Tamgan ini mula menulis apa yang telah dirungkai oleh hati ini di dalam kalbu..Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang..bukanlah niatku ini disertai dengan nafsu tetapi diatas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya..

   Acap kali aku mendengar 'Kau Tercipta Untukku'.Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliah.Rahmat dan hidayah ALLAH yang diberikan kepada diriku, kini aku mengerti bahawa pada suatu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yg sememangnya diciptakan khas untukku iaitu dirimu..


   Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal,spiritual dan juga intelektual unutk bertemu denganmu. Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' dihadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus ku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting. Kerana aku risau aku menceritakan rahsia dirku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya,kerana dirimu adalah sebahagian diriku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini..


   Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah,digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah ma'ruf,digelar daie. Bukan itu yang ku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredaan ALLAH..



   Yang aku takut, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku & perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku mulai risau imanku lemah. Diriku tak dapat menahan diri dari fitnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita"..


   Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk RABBku tetapi untuk makhlukNYA. Aku memerllukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku rasa bersalah kepada dirimu kerana cinta yang hak dirimu ku curahkan kepada wanita lain.. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata yang bernilai di antara ribuan kaca yang menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis dibawah Luh Mahfuz untuk diriku , nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanam dalam diriku & dirimu..


   Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan kesolehanmu. Janji ALLAH pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu.."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"..Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi..


   Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Disana engkau setia menunggu diriku. Tetapi disini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatarmogana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri..


   Bukan harta,rupa dan keterunan yang aku pandang dalam mencarimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat dimana aku bakal melamarmu , akan kulihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian di antara kita kerana itu pesan nabi kita. Tak perlu alis mata seakan alis mata unta , wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima. Tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..


   Jika aku dipertemukan dengan dirimu , akanku jaga perasaan kasih ini supaya tak tercurah sebelum masanya. Akanku jadikan syara' sebagai pendinding diri kita . Akanku jadikan akad nikah sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita ,nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin..


  Doakan diriku ini agar tak berputus asa dan sesat dalam misi mencarimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku..


Wallahua'lam
   
Subhanallah!Allahuakbar!..Terima kasih sahabat!..Sungguh kamu adalah sahabat yang terbaik anugerah dari ALLAH. Aku tahu bahawa apa yang kamu lakukan ini adalah untuk kebaikan diri ini, kau berusaha untuk membantuku dalam melawan gelora hati dalam menempuhi alam remaja ini.TERIMA KASIH SAHABAT!..Moga ALLAH sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat..=)

Buat sahabat,mahupun pembaca sekalian moga kehadiran warkah ini juga dapat membantu anda dalam mencari "CINTA" yang suci tanpa noda..Moga dengan kehadiran warkah ini juga dapat memberikan inspirasi buat diri ini dan anda semua.Bersama menuju mardhotillah,insyaAllah..wallahua'lam..