Pages

Sunday, May 13, 2012

EGO,BODOH SOMBONG DAN MACAM LALANG


“Ana nak tanya enti,kalau orang marah enti apa enti rasa?”.Seorang ukht tanya dengan muka yang serius.

“Ana rasa sedih dan kecewa sangat dengan diri ana”. Aku jawab dengan jujur,memang itu yang aku rasa tiap kali dimarah.Kadang-kadang aku akan nangis sebab terlampau kecewa.

“Kalau enti dipuji apa enti rasa?”.Tanya ukht itu lagi.

Alamak,yang ni pula nak jawab macam mana ye?takkan nak tipu kata ‘ana rasa biasa je’ ke nak jawab ‘ana rasa ana tak layak dipuji’..err???nampok benor nipunye..ok2 takpe jujur je..

 “Ana rasa suka dan bangga”.Aku terus toleh pandang ke ukht yang bartanya untuk melihat reaksinya.

*Papp..ukht ketuk meja dengan mukanya yang lebih serius dari tadi.

 “Bagus ke ada perasaan macam itu dalam diri enti?” .Nada ukht marah.

Aku diam,tunduk memandang lantai.Terkejut dengan tindakan ukht itu,namun jauh disudut hati aku sudah menduga reaksi ukht itu.Tak pe azila,at least ko jujur,ko tak bohong..Aku cuba memujuk hati,tak mahu cepat melatah dengan keadaan itu.

“Ana tanya ni,bagus ke ada perasaan bangga tu dalam diri enti?”.Nada suara ukht agak keras,mendesak.

Aku menggeleng sambil memandang ke arah ukht itu,cuba membalas pandangannya.

“Enti tau tak enti ni ‘EGO’?Enti tau tak perasaan ego tu dah lama ada dalam diri enti?kalau orang marah enti, enti sedih,kecewa.Tapi enti sedar tak yang kawan-kawan enti ni terseksa dengan sikap bangga diri enti,dengan keegoan enti tu?”.Ukht tadi asalnya duduk terus berdiri.

Aku terpana seketika,terkejut dengan kata-kata ukht tadi..betul ke selama ini kawan-kawan terasa dengan sikap aku yang sedemikian?kenapa mereka tak pernah beritahu aku tentang itu? .Ya Allah,aku rasa kecewa sangat kalau betullah apa yang ukht kata itu benar.

“Hah,cuba enti bagi tahu ana apa isu semasa yang enti tahu pasal negara kita sekarang ni”

“Ana tak tahu isu semasa sekarang ni”.Aku jawab apa yang terlintas. Aku bukan tak tahu langsung tapi memang aku dah lama tak baca berita, alasannya sepanjang study week dok mengadap buku pelajaran je.Lepas exam sibuk nak gathering dengan kawan2 kelas dan housemate.Langsung tak fikir pasal isu semasa. Sebetulnya, aku tak ada mood nak jawab soalan pasal itu sebab masih terfikir-fikir dengan kata-kata ukht tadi.

“Hah,enti cuba tolong kawan enti ni,bagi tahu ana apa yang enti tahu pasal isu semasa sekarang ni?”.Ukht beralih soalannya pada sahabat-sahabat yang lain,yang sama kumpulan dengan aku.Aku memerhatikan mereka menjawab seorang demi seorang.Ada isu yang mereka nyatakan aku tahu,ada yang aku baru tahu.Ternyata aku lagi teruk dari mereka..Takpe azila,ko memang dah lama tak baca berita kan..aku kembali memujuk hati.Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya rasa waktu itu.

Seorang lagi ukht datang mendekati aku. “Ana peliklah tengok enti ni,ana Nampak enti ni ‘MACAM LALANG’.Ana rasa enti ni tak ada prinsip,goyah sangat.Enti nak jadi ape sebenarnye ni?.Enti rasa enti boleh Berjaya ke kalau enti terus macam ni?dengan sifat ego yang ada dalam diri enti.”Ukht bersuara lembut tapi kata-katanya cukup menusuk ke hati.

Wah,bagaikan ada satu awan mendung membaluti hati. Apa yang aku mampu buat waktu itu beristighfar dalam hati,tunduk merenung lantai muhasabah diri. Saat ini, aku sedang cuba bertahan daripada air hujan membasahi pipi..#Tahan azila,tahan..inilah saat yang dah lama ko inginkan, teguran dari orang lain.Bukan ke ko dah lama tunggu teguran dari orang lain.Lagipun sejak masuk tamhidi ni dah lama ko tak kena tegur.Sekarang, inilah masanya azila,ko ditegur dengan akak2 yang sebenarnya tak kenal pun ko macam mana.Tapi dari tulisan ko,diorang boleh ‘trace’ ko ni macam mana orangnya. Sabar azila, jangan nangis, ni semua provokasi yang membantu mengingatkan diri kau..Aku masih setia memujuk diri aku, aku tak mahu mengharap pujukan dari orang lain,aku tak perlukan pembelaan daripada sahabat-sahabat ketika itu, aku tak mahu renung muka mereka yang seolah-olah mengisyaratkan rasa simpati..#Tak pe sahabat,aku masih boleh bertahan,apa yang kedua-dua ukht lontarkan memang benar. Mereka memang hebat dalam menilai orang. Biarkan mereka berkata-kata, biarkan sahabat semua tahu.Aku ini manusia biasa sahaja!

“hah, enti cuba bagi tahu ana apa isi kuliah tadi?”Ukht yang pertama tadi bertanya dengan nada yang masih sama tapi perlahan sedikit daripada tadi.

Alamak,apa aku nak jawab ni??Soalan ni memang buat aku kecut perut. Mana taknya,kuliah tadi aku ngantuk sangat2,tak boleh nak tahan2. Aku cuba juga nak lawan tapi memang tak boleh tahan. Sahabat2 lain pun rata-ratanya macam itu juga. Kesian ustaz tu,bagi ceramah dengan semangat tapi ada juga yang tidur. Nak buat macam mana,tidur 2 jam saja..ah,alasan!.Ukht tadi kembali ulang soalannya,kali ini dia memperincikan sedikit soalan tadi..Sebaik sahaja dengar soalannya yang terbaru ni,aku cuba menghadamkan balik…Tiba2…

*ting!!Alhamdulillah ilham datang, ternyata ukht tadi tanyakan soalan yang kebetulan masa modul petang itu aku membaca tentangnya..Apa lagi,aku jawab jela ape yang aku baca,  cuba ingat2 balik.Tawakal jela azila,ko jawab je apa yang ko rasa nak jawab.Just be confident!.

“Hmmm,enti ni cakap kemas.Orang tanya boleh pulak jawab.Tapi enti tak hayati apa yang enti tau,apa yang enti baca.Enti tau tak yang enti ni ‘BODOH SOMBONG’ ” .

Allahuakbar!sekali lagi aku rasa kena berdebuk kat batang hidung ni ha..Ye,memang betul,aku akui. Selama ini aku belajar,aku baca cukup sekadar lepas tulis kat kertas periksa je.Tapi aku tak pernah hayati apa yang aku belajar,apa yang aku baca.Bila dah habis je exam,orang lain tanya soalan tu senang2 je jawab ‘sori ek,dah lupa la.Dah lama tinggalkan subjek tu’.. ‘alah,bukan die tanya pun dalam exam final’.. ‘err..takpe2 ustaz atau ustazah tu mesti tahu,apa kata kita tanya die je bila ada orang tanya’..
Memang inilah kenyataannya,aku lebih risaukan ujian dunia daripada ujian akhirat.Bila sekali lupa,tak pernah ada usaha nak rujuk balik,nak cuba fahamkan. 

Aku rasa cukup dengan aku tahu basic je, yang lain2 tak payah risau sebab sekarang ni dah banyak ustaz ustazah,diorang boleh jawab semua soalan tu. Aku tak pernah pun nak belajar untuk kefahaman aku sendiri, bersedia nak jawab bila ada orang tanya. Dan yang paling penting aku tak belajar untuk memahami dan menghayati sirah perjuangan Rasulullah. Kenapa Rasulullah buat macam itu?atas dasar apa baginda buat begitu,begini?. Apa hikmahnya kalau berlaku macam itu,macam ini?. Tak pernah terfikir  betapa susahnya perjuangan baginda. Tak pernah cuba untuk merasai keperitan baginda dan para sahabat. Ya Allah, aku ini memang hambaMU yang paling teruk.

“Cuba enti bayangkan Rasulullah ada kat depan mata enti sekarang ini,apa yang enti nak buat?apa yang enti nak bagitahu baginda?”.Ukht pertama memberi arahan.

Ya Allah,aku tak boleh nak bertahan kalau disuruh membayangkan Rasulullah ada depan mata. Aku terdiam,tunduk merenung lantai.Cuba untuk membayangkan. Hati jadi sebak, terhimpit sangat2.

“Cepatlah,apa yang enti nak buat?”. Ukhti tadi mendesak. Aku masih diam,tunduk merenung lantai. Pandanganku mula kabur dengan takungan air mata.

“Cepatlah!!!muslimat ni lambat betul,orang bagi arahan semua lambat nak bertindak”. Suara ukht mengeras. Aku katakan apa yang aku mahu katakan sambil menangis.Aku berkata-kata seolah-olah baginda sedang mendengar apa yang aku katakan. Ah,terlalu banyak menangis nampaknya hari ini.Puas rasanya ‘dipaksa’ menangis sewaktu sharing moment petang tadi.

“Antum semua buat satu barisan kat sini”.Ukht yang kedua memberi arahan untuk sahabat2 lain berdiri sejajar dengan aku.Pada awalnya aku berdiri menghadap mereka. Aku kembali tenang,berhenti menangis.
Ukht yang kedua datang mendekati aku,dia memberikan nasihat dan semangat untukku.Dia meminta maaf dan meyakini aku boleh menjadi insan yang lebih baik daripada sekarang.Aku mengangguk dan berterima kasih diatas nasihat yang diberikan.

Kini tiba saat ukht yang pertama datang,dia memberikan senyuman.Dia meminta maaf dan memberikan semangat kepadaku,dia kembali menarik kata2nya tadi.Aku kembali menangis sewaktu dia mendekatkan tangannya kepadaku dan berkata “enti kena perlapang dada”.Kami marah bukan sebab benci,tapi sebab kami sayang.Kami tak mahu tengok antum leka dengan kekurangan dan kelemahan antum. Aku mengucapkan terima kasih yang sememangnya tulus dari hati.Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mendengar nasihat daripada mereka.

 Aku bersyukur sangat2 kerana dipertemukan insan2 seperti mereka.Aku dapat merasakan nasihat yang diberikan adalah tanda cinta,cinta kerana Allah.Cinta untuk bersama-sama ke syurga,cinta ila mardhatillah!!~