Pages

Sunday, October 14, 2012

Tolonglah,bukan DIA orangnya!



ALLAH,
Itu yang aku mampu katakan dalam dua tiga hari ini
Sejujurnya,aku sangat terganggu dengan mimpi tempoh hari
Dan mimpi itu masih lagi menghiasi tidurku.
Persoalannya,kenapa mesti dia?

Aku kuatkan kembali istikharah ku dalam beberapa hari yang lalu,
Dengan tujuan Allah membimbingku
Dalam setiap langkahku,setiap tindak tandukku,setiap gerak hatiku
Aku mahu dalam setiap zarah yang aku lakukan berada dalam keredhaanNYA.

Aku berasa sangat tenang seusai solat sunat dua rakaat itu,
Aku cuba mengosongkan fikiran dan melapangkan hati selapang-lapangnya,
Tanpa terikat dengan mana-mana anasir yang boleh mempengaruhiku.

Dan malam itu aku termimpikan seraut wajah yang aku kenal tapi tidak sepenuhnya,
Cuma maklum serba sedikit tentang dia,
Sungguh,mimpi akan dia membuat aku terus terjaga,
Aku jadi sangat resah,rasa mahu menangis pun ada,
Aku segera beristighfar,aku mohon Allah menenangkan hatiku.

Aku cuba untuk memejamkan mata kembali,tapi aku tak mampu
Aku lantas bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk,
Aku terus hamparkan sejadah,solat sunat tahajud
dan solat2 sunat yang lain,
Alhamdulillah,hatiku sedikit tenang,aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk hidupkan malam ku dengan solat sunat.Allahuakbar!

Dua hari berlalu dan mimpi itu tidak lagi menganggu fikiranku
Aku cuma menganggap itu cuma mainan tidur,
Bukan petunjuk yang sebenar dari istikharahku,
sampailah malam kelmarin,aku kembali termimpikan dia,
Dan sekali lagi,aku terganggu,aku rasa tak bersemangat meneruskan hari-hariku.

ALLAH,
kenapa mesti DIA??
Apa yang ada padaku untuk digandingkan bersama DIA?
DIA orang hebat,tinggi ilmu
Tapi AKU?
apa yang ada?
aku biasa2 sahaja,aku tak sebanyak ilmu DIA,
Aku tak sehebat DIA,
DIA dikagumi,DIA dikenali.
AKU?

Sengaja aku coretkan luahan hatiku disini,
kerana aku yakin,tiada siapa pun yang akan membaca blog "bersawang" ni,
Aku tak ada yang menarik untuk dikongsikan,apalagi yang bermanfaat untuk orang lain,
Aku tak tahu pada siapa lagi aku boleh ceritakan hal ini,
Tak apa,Allah masih bersamaku.
Aku yakin itu.

Aku malas nak fikir tentang orang itu,
Biarkan DIA bersama dengan urusannya,
yang pastinya,DIA memang sibuk dengan urusan DIA,
Moga Allah bagi yang terbaik untuknya,
Kerana DIA memang berhak dapat yang terbaik,
BUKAN aku orangnya,aku yakin itu.

Allah,campakkanlah ketenangan dalam hatiku,
Jangan biarkan aku mudah melatah dengan perkara sebegini,
Boleh jadi,ini adalah ujian dariMU,
Jadikan aku insan yang tabah,tak mudah mengalah,tak goyah,
Mampu tersenyum walaupun lelah..
Allah,Allah,Allah..





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.