Pages

Wednesday, January 2, 2013

Ku Nanti Hikmahnya


ALLAHURABBI..
dalam rentak gerak-geri tanganku menari-nari di papan kekunci cermin hikmat ini,
Aku terngiang-ngiang bait-bait lagu "Damba Kasih",

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Aku membayangkan rentetan peristiwa yang berlaku dalam hidupku,
OH TUHAN,apa hikmah disebalik semua ini?

Dalam kesibukan melakukan persediaan untuk "final exam",
Dalam menempuh fatrah "study week"
Dalam memikul taklifan untuk melaksanakan program,
Dalam menggalas tugas sebagai pelajar,
Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anak,kakak,sahabat dan dai'e,
Aku benar-benar TERUJI!

Ya, Aku teruji dengan penyakit yang sudah lama bernanah,
"penyakit hati"

KAMU,
kamu yang telah mencuri hatiku,
kamu yang mengisi ruang angan-anganku,
kamu yang menjadi wasilah perubahan diriku,
kamu yang meletakkan sedikit saham akhiratku,
NAMUN,
aku tak mahu kamu curi cintaku bersama tuhanku,
aku tak mahu angan-angan itu melalaikanku,
aku tak mahu perubahanku semata-mata keranamu,
aku tak mahu saham akhiratku tak diterima oleh tuhanku.

ALLAH,
aku sentiasa berdoa agar Kau kurniakan yang terbaik buat kami,
Apa-apa sahaja yang datang dariMU,
Aku terima dengan reda,
ALLAH,
Kau bersaksi atas segala usaha yang aku lakukan,
walaupun berat,aku dah cuba yang terbaik.
tapi mengapa saat aku ingin jauhi dia,
ada ujian yang aku perlu kembali merujuk kepada dia,
ujian yang aku tak mampu hadapi seorang,
ujian yang sememangnya berkaitan dengan dia.
ALLAH,
aku benar-benar ingin mengetahui tentang pengakhiran "cheritera" ini,
Apa kesudahan hubungan ini ya Allah?
baik kah?buruk kah?
either happy or sad endings?
Allah,Kau yang lebih mengetahui tentang keadaan diriku lebih daripada aku mengenali diriku sendiri.

Walau apapun pengakhirannya YA Allah,
jangan biarkan aku sepi tanpa cintaMU,
jangan biarkan aku hanyut dalam perahu pelayaranku ke destinasi cintaMU,
jangan biarkan aku terbang bersama angin tanpa tali agamaMU,
jangan biarkan aku jauh dari dakapan kasih sayangMU.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.